Trip JEJU ISLAND 2018 : Jejumok Gwana

22.11.2018
KHAMIS

sambung dari Trip JEJU ISLAND 2018 : Jeju Chilsung Fashion Street

DAY 6

Pagi tu...kitorang google apa 'attractions' yg menarik sekitar2 hotel. Yg tak berapa jauh...boleh jalan kaki jer.
Akhirnya abang jumpa Jejumok Gwana ni. Menurut google maps..berjalan kaki cuma dalam 15 minit. Maka berpandukan google maps...kitorang pun berjalan kaki pepagi selepas sarapan. Tak nak buang masa duduk dalam bilik aje. Flight kami petang nanti. Banyak kerugian masa kalau dibuang begitu sahaja.

Seronok juga berjalan kaki mcm ni. Teringat masa kat Jepun..melalui kawasan rumah2 penduduk tempatan di dalam bandar, melalui kedai2 kecil mereka.

Jejumok Gwana ni adalah tempat bersejarah yg dikelilingi tembok tinggi dan di dalamnya tersergam beberapa bangunan pengurusan penting kerajaan Jeju suatu masa dahulu.
Turut terdapat pelbagai jenis pokok buah oren di dalam kawasannya. Geram jer nak petik, huhu. Nampak mcm dah boleh dipetik dan dimakan aje, kihkih. Maklum lah...hantu buah, kan. Tapi takde laa tergamak nak buat gitu. Jaga imej pelancong dari Malaysia, okey!!

Bayaran masuk sini untuk dewasa W1500/seorang. Remaja cuma W800/seorang. Kali ni kena laa bayar sendiri...dah bukan di bawah JMT dah. Program pakej kami dah abes sebelum tengahari semalam lagi dah, heheh.









Kat luar tu...ada satu hotel nama apa lupa dah..ada patung ni kat perkarangan luarnya. Maka, kitorang singgah bergambar buat props, kihkih..


OTW menapak balik ke hotel tu...terpandang satu bangunan yg menarik perhatian mata. Pepohon yg daunnya kemerah-merahan dan kekuning-kuningan menjalan di tepi bangunan tersebut dengan akar yg banyak dan berselirat..

bersambung lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART