Trip JEJU ISLAND 2018 : Cheonjeyeon Falls

20.11.2018,
SELASA

sambung dari Trip JEJU ISLAND 2018 : Jusangjeolli Cliff

Dari pantai...kami pergi ke kawasan air terjun pula. Ada 3 buah air terjun di sini. Tapi kami cuma pergi 2 tempat sahaja sebab lagi satu tu jauh sikit. Biasalah...itenarary ikut pakej ni kena ikut masa dorang lah. Kalau gi sendiri...kita sendiri yg susun semua.



Kalau kat Jusangjeolli Cliff tadi...susunan batunya seperti tumbuh dari bawah. Tapi kat sini pulak...susunan batunya seperti berjuntai dari atas, kan??




Air terjun di sini sangat sejuk katanya. Kena hati2 berada di situ. Sekiranya berdegil jugak...ataupun eksiden terjatuh...dikhuatiri akan mati serangan jantung disebabkan air yg terlalu sejuk dan juga lemas kerana kedalamannya.

Di sini tidak dibenarkan mandi. Tidak juga dibenarkan utk sebarang aktiviti perkelahan mahupun perkhemahan. Di samping kerana menjaga kawasan tersebut dari tercemar..ia juga dipercayai tempat bidadari turun bermandi-manda di waktu malam. Terbayang2 pulak mcm citer P.Ramlee tu, kan. Puteri kayangan turun mandi kolam di bumi dengan dayang2 berkemban sambil nyanyi2 riang, kihkih..

Berjalan ke hadapan lagi...jumpa lah pulak air terjun ke-2. Air terjun ni datangnya dari air terjun yg pertama tadi.



Kitorang tak pergi ke air terjun ke-3. Jauh lagi katanya perlu berjalan kaki.
Kat situ jugak ada Seonimgyo Bridge pun kitorang tak pi. Katanya ada tempat yg lagi best utk dilawati selepas ini.
Jadinya, dalam masa yg terhad...2 tempat yg disebut tadi kami perlu skip. Tak mengapa, kami ok jer. Kita pi lawat tempat yg takde kat Malaysia, ok!

Sambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART