Trip JEJU ISLAND 2018 : Pepohon Ginkgo & Mysterious Road

18.11.2018
AHAD

Sambung dari sini Trip JEJU ISLAND 2018 : 1100 Altitude Wetland Nature Discovery Trail
Hajat di hati...gi musim autumn ni nak tengok dan bergambar dengan pepohon dedaunan merah dengan pelbagai ton terutama daun maple lah. Tapi tu lah ye...takde rezeki kami. Sebabnya....tahun ni tercepat pulak daun merah2 tu keguguran disebabkan angin kuat yg bertiup di pulau ini. Sepatutnya waktu kedatangan kitorang ni adalah kemuncaknya.
Jadinya...tour guide bawak laa kitorang ke pepohon gingko untuk bergambar dengan daun2nya yg kekuningan itu. Jadi lah, ye. Ada juga rezeki lain digantikanNya.

Kami dibawa ke 2 lokasi utk bergambar dengan suasana pepohon ginkgo yg dedaunannya kekuningan tu. Satu kat dalam kawasan Jeju National University...lagi satu kat mana tah lokasinya, hahaha.





Kat dalam Jeju Universiti ni aku jumpa laa sebatang pohon yg masih ada dedaunan kemerah-merahan yg merimbun. Jadi, lah...nampak jugak depan mata :)
Lokasi ke-2. Sini pun dedaunan dah banyak keguguran dan membotakkan dedahanan pepohonan, heheheh...


MYSTERIOUS ROAD
Kat Jeju ni ada satu bahagian jalan (dalam 50m) digelar Mysterious Road kerana CTH:- kenderaan yg dalam free gear akan sendiri bergerak menaiki jalan yg nampak seperti berbukit itu.
Jika letak botol air mineral...ia akan bergolek ke atas (sepatutnya bergolek ke bawah bukit).
Jika curah air di atas jalan...air akan mengalir ke atas...dan bukannya meleleh mengalir ke bawah bukit.
Permulaan misterinya...masa ni driver free gearkan kereta yg kami naik tu. Kereta bergerak wlpn jln nampak berbukit.

Jalan ini juga dikenali dgn nama Goblin Road. Konon2nya kuasa Goblin tu laa yg tolong tolak mende2 tu naik ke atas bukit.
Kami turut merasai pengalaman tersebut. Kereta bergerak mendaki sendiri walaupun enjin dah dimatikan.

Tapi sebenarnya...para saintis cakap..TAKDE APA YG MISTERI pun sebenarnya tentang sebahagian jalan yg dikatakan misteri sangat tu, huhu.
Yg sebenarnya...semua objek yg kita nampak bergolek dan bergerak seperti mendaki bukit itu adalah ILUSI SEMATA2.
Ia adalah kerana keadaan persekitaran di situ kita tak boleh nampak kaki langit yg sebenar. Jadi, kita akan ditipu oleh kaki langit yg palsu sehingga menampakkan seolah2 kita sedang mendaki walaupun kebenarannya kita sedang menuruni bukit.
.
Myth busted!!!

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART