Trip ke SURABAYA 2018 : Day 2 (ii)

DAY 2
07.08.2017, ISNIN

Dari Puncak Penanjakan...kami menuruni semula gunung dengan menaiki jip. Baru lah nampak jalan yg kami telah lalui ketika gelap jam 3 pagi tadi, huh!! terkejut juga.
Curam, gaung, jalan yg sempit, feww. Alhamdulillah..syukur perjalanan kami dipermudahkan.

Kecantikan pemandangan kat situ telah berjaya melupakan tentang semua tu...

Akhirnya sampailah kitorang di tempat jip parking berhampiran Gunung Bromo. Jip tak boleh parking dekat2. Nak ke Gunung Bromo perlu berjalan kaki. Uihh...jauh jugak dlm 2km 1/2, huhu. Tapi ada pilihan lain iaitu dengan menaiki kuda.
Kitorang mmg dah cakap nak naik kuda kat driver. Jadi, dia kol kawan dia untuk deal harga. Ok lah..dapat lah harga kurang sikit dari deal sendiri.
Oh, ye..kuda ni boleh bawak orang yg beratnya 100kg aje. Lebih daripada tu kalau nak jugak ke kawah Bromo tu kenalah berjalan kaki sahaja.

Dari kejauhan lagi dah kedengaran bunyi yg keluar dari kawah gunung berapi Bromo tu. Bunyi yg kuat dan menggerunkan bila mula2 dengar tu. Ingatkan bunyi apa lah....rupa2nya bunyi dari dalam kawah tu.

Bagi yg tak tahan dengan bau sulfur...elok lah pakai mask. Bau sulfur tu ada tapi takde lah sampai  mengganggu deria hidung ni. Cuma kena pakai jugak sebab berdebu.

Dah alang2 sampai tu...baik lah gi jenguk sendiri camne rupa kawah tu. Bukan ada kat Malaysia kawah gunung berapi gini. Dah datang jauh2 tu rugi lah tak pi bila dah diberi kesempatan.









Ini Gunung Batok




Kuda leh bawak kita sampai situ aje. Lepas tu kena laa jalan kaki sikit dan mendaki lebih kurang 250 anak tangga..

Yg ini lah Gunung Bromo yg ada kawah gunung berapi tu. Dari sini kena lah jalan kaki sedikit sebelum menaiki tangga tu untuk melihat kawah tu..


Gunung Batok






Dari atas ni...nampak di kejauhan tempat jip dibenarkan utk parking. 

Turun dah...Yg kat bawah nampak mcm rumah tu sebenarnya adalah sebuah kuil.
Kat area parking jip tu...dah ramai peniaga naik motor menunggu pelancong2 yg akan ke tempat seterusnya. Dorang bentang tikar meniaga tshirt, fridge magnet, keychain. Dan ada jugak yg meniaga air. Nak beli souvenir ni...elok laa beli kat sini atau kat kedai di Puncak Penanjakan tadi. Lepas2 tu susah dah nak cari kedai kat area mana. Kalau ada pun mahal sikit lah.

Cerita di kaki post:
Sebelum ni dah pernah tengok kawah gunung berapi kat Tangkuban Perahu, BANDUNG tapi tak sama sbb sini lebih gerun sikit keadaan kawahnya. Ia nya satu pengalaman yg hebat. Alhamdulillah, diberi rezeki sampai ke sini.


Bersambung..Trip ke Surabaya 2017 : Day 2 (iii)

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART