Trip ke SURABAYA 2017 - Day 2 (i)
DAY 2
07.08.2017, ISNIN
Seawal 12 pagi kami dah bergerak ke Bromo. Perjalanan dalam 3 jam jugak lah. Dapat lah tido sekejap dalam perjalanan dari Kota Malang ke Bromo dengan innova Bachtiar.
Sampai di sana...kami dibawa ke sebuah rumah homestay untuk bertukar dengan menaiki jip pulak. Kami dibawa oleh seorang driver yg lain.
Kat rumah tu kitorang amek peluang utk ke tandas dan air kat situ Ya Allah.....sejuk sesejuk sejuknya. Kalau tido situ...memang kena pasang shower heater lah kot baru boleh mandi, huhu.
Jam 3 pagi...kami memulakan perjalanan untuk Bromo Tour. Dalam kegelapan...kami perlu memberi sepenuh kepercayaan pada driver membawa kami melalui jalan tak rata yg begitu asing bagi kami, kabus ke debu ke...mmg tak pasti. Mendaki gunung dengan jalan yg sempit. Berdoa dan tawakal pada Allah semoga perjalanan kami selamat sampai.
Alhamdulillah...bila dah sampai tu...lega betul rasa.
Bila jip dah parking tepi2 bukit tu...datang laa byk motor atau digelar 'ojek' menghampiri kita dan menawarkan perkhidmatan membawa kita sehingga ke Puncak Penanjakan untuk melihat matahari terbit tapi akan dikenakan dengan sedikit bayaran dlm IDR10k jugak. Sebenarnya...kalau sampai awal tu tak perlu pun naik motor tu. Tak laa jauh sangat perlu berjalan kaki dengan mendaki.
Masa turun dari jip tu...driver akan suruh kita snap gambar plat no jip tu. Nanti dah abes tengok sunrise dan nak ke itenarary seterusnya risau lak tak jumpa jip tu nanti. Jip mmg banyak...dan lebih kurang serupa pulak tu. Nanti boleh konfius dan tersilap jip, huhu.
Suasana kat atas ketika tu...Allahhu Akbar....sejuk bukan main. Sejuknya...tak reti nak habaq lagu mana punya sejuk. Itu adalah pengalaman pertama kitorang merasai kesejukan sesejuk itu. Tangan memang kena pakai glove. Kalau tak rasa beku, rasa kebas. Baju tu kena pakai berlapis2 termasuk baju tebal. Tu pun masih terasa sejuknya wei.
Memang ada yg buat sewa baju sejuk kat atas tu...tapi...elok lah bawak sendiri. Geli pulak nak guna orang punya. Ntah basuh ntah ke tidak laa ye.
Angin punya laa kuat. Bunyi angin tu pun uihhh...kena pi situ baru tau macam mana. Nak dok lepak dalam kedai kopi pun...pelancong lain dah dok dlm tu memenuhkan ruang meja. Sambil2 tunggu tu mmg kena minum kopi kaw satu..baru rasa badan tu panas sikit.
Tandas pun ada kat sana. Ada sebuah warung kopi menyediakan tandas berbayar. Ok lah tandasnya. Bersih dan banyak. Tak perlu lama menunggu giliran, heheh..
Matahari terbit kat sana memang cantik tapi suasana tu lebih kurang laa di Malaysia jugak. Boleh tengok di sawah2 padi. Tapi kat sini yg sangat memukau bila cahaya permulaan siang itu menyuluh di Gunung Bromo dan Gunung Batok....Subhanallah, Allahhu Akbar.
Alhamdulillah...kami diberi rezeki melihat suasana itu. Besarnya kekuasaan Dia. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhu Akbar..
Kelihatan juga di kejauhan Gunung Semeru yg juga hebat dan indah alam milikNya.
Lama jugak kat situ disebabkan teruja tengok perubahan suasana dari gelap sehingga menerima sinaran awal pagi..
Dah terasa lama kat situ...terus kami menuju ke bawah mencari jip. Idah dan Zet sedang menunggu kat situ. Dorang dah turun dulu.
Kitorang akan dibawa ke Gunung Bromo pulak lepas ni. Tapi OTW tu...kami diberi peluang utk singgah bergambar di beberapa look point yg disediakan. Kitorang singgah satu tempat aje sebab lebih teruja nak pi Gunung Bromo tu dengan lebih dekat.
Bersambung..Trip ke SURABAYA 2017 : Day 2 (ii)

![]() |
| Kelihatan perkampungan dari Puncak Penanjakan. |
Lama jugak kat situ disebabkan teruja tengok perubahan suasana dari gelap sehingga menerima sinaran awal pagi..
Dah terasa lama kat situ...terus kami menuju ke bawah mencari jip. Idah dan Zet sedang menunggu kat situ. Dorang dah turun dulu.
Kitorang akan dibawa ke Gunung Bromo pulak lepas ni. Tapi OTW tu...kami diberi peluang utk singgah bergambar di beberapa look point yg disediakan. Kitorang singgah satu tempat aje sebab lebih teruja nak pi Gunung Bromo tu dengan lebih dekat.
![]() |
| Kelihatan jip2 membawa pelancong lain berpusu2 semakin hampir sampai ke Gunung Bromo. |
Bersambung..Trip ke SURABAYA 2017 : Day 2 (ii)

Comments
Post a Comment