Trip ke NEW ZEALAND 2018 - Perjalanan ke KLIA2

05.07.2018, Khamis

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Persediaan

Day 0 : Perjalanan ke KLIA2

 
-Dari Taiping 9pagi utk ke Putrajaya Sentral. Takde rush pun. Hantar barang2 Along ke rumah sewanya dulu kat Gombak. Balik 16hb tu nanti Along terus ada kelas hari pertama utk semester baru, huhu..

-Dari Gombak ke Putrajaya Sentral. Mmg kitorang ni kena guna GPS. Tak hafal2 lagi jalan nak ke sana, heheh. Berhenti dulu di RNR Seri Kembangan, MEX utk bersihkan diri dan minum petang.
Rehat jap kat sini. Mandi jugak...sebab flight ni lama. Sampai kat Auckland nanti pun dah esok petang, huhu. Isi perut ringan2. Flight dari Gold Coast ke Auckland nanti baru dpt makanan yg dh ditempah dari website AA tu.

-Di Putrajaya Sentral. Parking kereta kat Park & Ride berbumbung. Kiranya kali ke-3 tahun ni Alza menumpang teduh kat sini. Tapi kali ni lebih hari sikit dia kena tinggal. Doa dan tawakkal kereta selamat dok berteduh kat situ sehingga kami pulang nanti. Bayaran parking kat sini RM6/sehari. RM2 dari 6pagi - 12mlm..dan RM4 dari 12mlm - 6pagi.

-Dari situ kitorang naik Grab Taxi sebab along ada kupon diskaun. Kalau tak...kitorang naik KLIA Transit jer ke KLIA2.

Sempat selpie sedas sebelum grab car sampai..

-Kat KLIA2..jumpa kawan Angah iaitu Hadzwan bersama ibu dan abangnya. Hadzwan akan bersama kami utk trip ke NZ. Jadi, kami berlima akan mengembara ke bumi NZ bersama2.
Dah sampai KLIA2..

Bergambar dgn mak Hadzwan..

Akiss mmg tak ikut. Masa beli tiket tahun lepas...ikut relevan bahawasanya tarikh ni dia dh masuk IPT. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Akiss masa kami flight ni...dia sudah pun sebulan lebih di KMKu.

Masuk balai pelepasan..


Dah check-in diri dan beg...kitorang masuk dlm balai pelepasan. Leh rehat, cas hp, solat dan lain2..



Paling penting....passport. Takde passport...gigit jari jer lah sambil nangis penuh penyesalan, aduii!!

Flight kami pada jam 11.40malam..

Tunggu nak masuk perut pesawat...

Kami dah dapat seat masing2..

KL-Auckland akan singgah sebentar di Gold Coast Airport. Tak perlu visa Australia. Singgah sekejap sangat dan tidak keluar pun dari kawasan imigresen negara kangaroo itu.

Air pembasah tekak.. :)

-KL-Gold Coast penerbangannya 8 jam. Beza waktu Australia dgn Malaysia adalah 2 jam.

-Gold Coast - Auckland penerbangannya 3j lebih sikit. Ikut cuaca. Beza waktu Malaysia dgn NZ adalah 4 jam. Jadinya, kitorang dh melangkaui 4 jam ke depan pada hari itu.



Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember