Trip ke NEW ZEALAND 2018 - Day 1 (Kastam, Travel Simkad, Car Rental)

06.07.2018, JUMAAT

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Perjalanan ke KLIA2

DAY 1

GOLD COAST AIRPORT

Setelah 8 jam penerbangan dari KLIA...akhirnya sampai lah pesawat D7 206 ke Gold Coast Airport utk transit dalam satu jam lebih. Merasa lah sekejap pijak bumi Australia,  heheh..
Tapi cakap jer tempoh satu jam lebih...dapat rehat berlunjur kaki dalam 10 minit camtu aje kat ruangan transit tu. Sebabnya, beratur kat imigresen utk check barang2 dlm carry beg tu pun dah makan masa lebih 30 minit.
Kat sini...beg bagasi atau barang2 yg kita check-in tak dibawa turun pun. Elok dok dalam perut pesawat tu. Kita jer yg kena turun. Tu pun sebab kapal terbang tu nak isi minyak & tukar krew kabin lain yg akan amek alih tugasan penerbangan dari Gold Coast ke Auckland.

Pemeriksaan imigresen di Gold Coast airport...strict sangat, ok!! Dan ada juga pemeriksaan rambang. Ikut random laa sape yg dia nak panggil tu utk check dari kepala ke kaki, huhu. Kalau takde apa2...ok jer. Mereka cuma menjalankan tugas. Tapi dorang mmg strict giler. Heat pad dlm beg sandang angah kena amek dan dibuang, huhu. Sedangkan yg dlm beg abahnya masih elok terselamat. Ikut nasib lah...huhu.
 
Dah masuk dalam ruang menunggu transit tu...tak sampai 10 minit duduk...dah kena panggil masuk semula.
Jom. Nak terbang ke Auckland dah. Kitorang dapat tempat duduk yg sama seperti tadi. Tapi ada juga penumpang lain yg kena tukar seat utk penerbangan ni. Ikut nasib lah.

Makanan fevret bila naik AA.. 


AUCKLAND International Airport
Alhamdulillah. Sampai Auckland selepas 3 jam penerbangan dari Gold Coast. Dah lalu dan setel di kaunter imigresen...kitorang pun terus berjalan untuk pi claim bagasi. 
  
OTW tu...kitorang singgah kat kiosk seperti gambar di bawah ni utk beli simkad khas utk traveller. Internet kat bumi kiwi ni mahal tau. Jadinya, elok lah korang beli sorang satu simkad dan peruntukan sejumlah duit utk melanggan internet mereka sekiranya korang mmg semua kaki berinternet seperti instagram, facebook, telegram..buat live, apdet IG story. Kalau setakat wassap ok lagi tapi kalau yg dinyatakan sebelum tu...silalah beli simkad dan langgan internet masing2 ye. Jgn share2 hotspot. Tak cukup walaupun 4gb jika berada kat sana 10 hari jika semua ahli rombongan kaki internet, hahaha. Tambah2 pulak bukan semua tempat penginapan menyediakan wifi percuma. Dan kalau ada pun...bukan semua yg akan sediakan unlimited wifi, huhu. Ada pulak had kuota nya, adeii.
**Kitorang ni semua kaki internet, adeii. Nanti kami citer kat post yg sepatutnya tu, heheh..
Kiosk ni bila korang akan jumpa bila dah selesai check passport di imigresen tapi sebelum pemeriksaan kastam. Mesti nampak punya kat area kedai bebas cukai dlm airport tu. Untungnya bila beli travel simkad kt sini..dorg tlg buat semua lps kita dh buat pembayaran..

Beli simkad Vodafone kat dlm airport sebelum imigresen. Murah sikit tanpa cukai. Sini telco yg popular Vodafone dan Spark mcm Celcom kat Malaysia laa lebih kurang.
 

Internet kat NZ mmg mahal. Mujur dorang ada sediakan travel simkad. Lebih murah travel simkad ni lagi dari beli simkad dan topap kredit. Topap saja pun dah NZD20 = 1GB utk vodafone. Jadi, travel simkad ni banyak untung dan lebih berbaloi. Harga NZD43 (harga airport sebelum melepasi pemeriksaan imigresen) dapat 3gb, 200 minit kol dlm NZ atau kol Malaysia, 200 sms.
**Tak perlu sewa pocket wifi kat airport. Lagi tak berbaloi jika ke NZ. Kalau travel ke Jepun, ok, mmg rekemen pocket wifi ni..
 

*Yg terbaru..sape yg ada line DIGI tu...kalau POSTPAID..leh langgan unlimited data internet bila kat sana dgn bayaran yg berbaloi2, sehari RM36 dengan tawaran unlimited data tau!! 
-Kalau PREPAID pun boleh. Digi sediakan Roaming Pass utk langganan iaitu RM25, 3 hari, 2gb. Leh tengok dan rujuk di website DIGI utk maklumat lanjut. Bukan semua negara kadar cas yg sama. 
-DIGI tumpang guna telco SPARK kalau di NZ utk internet dorang.

Dah selesai beli simkad...kitorang pi claim bagasi terlebih dahulu.

Melalui pemeriksaan KASTAM NZ
Kemudian...sampai lah part yg digeruni, hahah. Kitorang bakal melalui proses2 seperti yg diceritakan oleh mereka yg pernah sampai sini. Mmg ada terasa kecut perut dan risau juga bila semakin menghampiri kaunter pemeriksaan kastam NZ ni

-Kaunter pertama mereka...mereka akan bertanya tentang barang2 yg kita bawak masuk. Masa tu declare laa apa yg kita bawak. Tunjuk senarai bahan2 masakan / makanan yg dibawa. Jawab apa saja yg ditanya dengan jujur. Ingat ye...apa2 daging segar, buah2an, produk tenusu tak boleh dibawa masuk. Kalau ada...elok lah dibuang terus sebelum pemeriksaan tu. Susu utk anak kecil pulak elok lah declare dan bawa di dalam tin atau pek pengilang.

-Kaunter ke-2 pulak...dorang akan scan barang2 kita dalam beg, kotak, etc. Kalau ada masa barang2 terlarang yg dorang dpt kesan (wlpn sebab terlupa atau tak terperasan) masa tu...adeii...masak lah!! Satu barang kena denda dalam NZD400, menanges air mata darah pun tak guna, weh.

-Kaunter ke-3 pulak..kalau takde masalah akan dilepaskan lah. Pengalaman kitorang masa tu Alhamdulillah, melepasi sehingga kaunter pemeriksaan ke-3 cuma mereka bertanya serba sedikit tentang ubat-ubatan yg kami bawa. Barang2 masakan, makanan semua ok dan tiada masalah setelah mereka memeriksa list bergambar dan bertanya serba sedikit tentang bahan2 tersebut.

Sebenarnya kan...korang yg nak gi NZ ni..ikut jer tips dari mereka yg dah pernah pergi tu. Kalau banyak sangat tips dan bercanggah...ikut yg mana majoriti bagi. Atau paling mudah..mesej jer mereka di ruang komen blog tersebut ataupun inbox terus ke fesbuk mereka (sekiranya anda ada dalam grup Road To New Zealand di facebook). InsyaAllah, mereka tak kedekut nak share tips dan info bila ditanya. Malah rasa sangat seronok kerana dapat berkongsi pengalaman.

Bila ikut cara mereka...InsyaAllah, segalanya dapat melancarkan urusan. Di samping berdoa laa banyak2 agar segalanya dipermudahkan. Bila ok...kita akan rasa sangat lega serta berterima kasih kepada mereka2 yg memberi info dan tips tersebut.


Kisah SNAP Rental Car
-Dah keluar dari airport..kitorang cari bus stop utk naik bas shuttle Park & Ride. Bas percuma yg bawa kami ke tempat parking airport. Kat situ lah ofis SNAP Rental Car yg kitorang booking tu. Sangat memudahkan wlpn hati tu risau2 jugak, heheh.


Keluar dari terminal airport tu...nampak jer bus stop yg dikhaskan utk bas Park & Ride ni. Ada jer tulis kat situ.
Inilah bas Park & Ride iaitu shuttle bas percuma dari Auckland Airport ke tempat parking airport yg jauhnya dalam 10 minit perjalanan. Kredit gambar pada northwest85, carian mr.google. Aku tak amek lak gambar bas ni, hehe.

Seronok dok dalam bas ni. Ada wifi free. Leh laa bukak wassap segala utk jimatkan data dari simkad, heheh.

-Dari airport...bila dah naik bas Park & Ride ni tp hati masih risau...kat mana laa nanti nak kena turun, ye...hehe. Tp ikut relevan laa, kan. Bila dh sampai kat tempat parking yg luas tu...mata tu tengok2 perati laa. Nampak opis SNAP Rental Car tu...turun laa kat tempat berhentinya. Dalam 10 minit perjalanan jer dari airport.

-Dah nampak bangunan kecil ofis SNAP..kitorang pun turun di bus stop berhampiran dan berurusan dgn staff mereka yg sangat membantu.
Bergambar dulu kat luar opis comel SNAP Rental Car. Hari dh hampir gelap walaupun belum jam 6 petang.

Kawasan lapang tempat parkir utk pengguna airport. Dari situ ke airport cuma naik bas shuttle Park & Ride tu aje, sangat mudah dan yg penting ia percuma. Bas disediakan pun banyak. Setiap beberapa minit lalu. Tak perlu risau. Ada bas utk terminal domestik dan ada utk terminal antarabangsa.

Bagi pelanggannya yg sampai dulu utk berurusan..
Leh baca jgk Park & Ride bus schedule tu. 24jam tersedia bas nya..


Masa utk berurusan. Sangat mudah..Staff yg begitu membantu. Kitorang berlima ni...sorang pun takde kad kredit, hehe. Kad debit jer. Jadi, guna cash aje bayar. Dan yg penting...kitorang dapat lebih murah dari harga booking ritu. Booking online ritu NZD96.60 utk 2 hari sewa kereta. Tapi bila berurusan dorang cas NZD92 jer. Dah jimat $4.60 kat situ, huhu. Harga tu dh termasuk insurans zero excess. Insurans yg kurang stress jika kereta ada masalah bila kemalangan di negara orang.

*Sebenarnya kad kredit mmg diperlukan bila ke negara seperti NZ ni sbg persediaan pd perkara yg tidak dijangka.

**Skang dah boleh guna kad BigPay dari AirAsia. Fungsi mcm kad kredit, kad debit, kad atm jgk tapi lebih selamat. Boleh guna kat dalam negara mahupun luar negara. Nak tau lanjut...gi laa website AirAsia ataupun google jer Kad BigPay AirAsia..dan boleh cari info lanjut tentangnya. 

-Lebih seronok......kitorang booking online ritu memilih kereta Toyota Corolla Oto aje utk digunakan 2 hari di North Island tapi SNAP bagi guna SUV Renault Captur, huh!!! best tul!!!!!!

-Dah dapat kereta...terus gi check in kat Kiwi Airport Backpackers. Hari semakin gelap walaupun jam belum pukul 7 lagi.

Dah check in kat Kiwi Airport Backpackers...kitorang keluar jap cari air mineral dan telur kat pasaraya Pak'nSave ni. Dan beli buah kiwi gold tu...murah sekilo dan rasanya manissss sangat, huh!!
Kat pasaraya ni..kalau beli barang yg perlu ditimbang...tak perlu timbang di kaunter khas utk timbang pun. Nanti masa nak bayar kat cashier...cashier tu yg akan timbangkan kat kaunter bayaran tu. Mudah, sekali beratur.



Dah balik semula bilik...konon2 nak masak, abang nak mandi...cari2 beg lagi satu tak jumpa, aduhai. Baru teringat. Ada bbrp perkakas nak masak, tuala juga...ada kat lagi satu beg. Masa claim beg tadi...terus terlupa nak amek lagi satu beg, Allahhu Akbar. 
Sian dia kena tinggal, hahaha. Tak pasal2 kena pi airport lagi sekali malam tu semata2 nak pi claim bag, huhu. Alhamdulillah, Allah permudahkan jugak urusan Along pi amek beg tu kat airport. Mujur tak rumit. Dapat semula bag tu yg masih ada beberapa keperluan.

**di bawah ni...gambar yg along skrinshot dari video yg dia rakam masa kitorang tengah nak amek bagasi. Yg bertanda bulat merah tu lah beg yg kitorang tak amek, terlupa nak amek dan tertinggal kat sana, alahaiii. Sorang pun tak perasan. Mgkn semua dh excited bila sampai kat NZ. Mgkn jugak tengah neves nak hadap kastam nanti, huhu..

Kembali semula ke tempat penginapan. Malam tu kitorang masing2 makan megi aje. Sebab perut dh terisi nasi dlm flight tadi. Tapi utk esok pagi aku dah plan nak buat nasik goreng utk sarapan. Dan akan masak nasik lagi utk jadi bekal makan tengahari. Sejuk2 ni perut mesti laparrrr aje, kan...huhu...
*Masak nasik guna letrik kat dlm bilik aje..

Sebelum tido...kitorang mandi dulu bersihkan diri. Last mandi petang semalam di R&R Seri Kembangan, hehe. Kena biasakan diri dgn tandas kongsi. 
Tido awal sebab esok nak kena bangun awal. Tambah pulak nak bangun masak nasik goreng utk sarapan sebelum keluar dan masak nasik lagi sekali berserta ikan sardin dan telur dadar utk dibawa bekal nanti.

-Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember