Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Skyline Rotorua Gondola & Luge Rides

07.07.2018, SABTU

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Rotorua Government Garden

Ikutkan itenarary yg dah siap sebulan sebelum ke sana...Skyline Rotorua Gondola & Luge Rides ni kitorang tak masukkan dalam list pun. Plan nak naik luge rides ni kat Skyline Queenstown nanti. Tapi terpaksa laa masukkan dalam itenarary sebab dpt info dan dah confirm dari website rasmi skyline yg luge rides kat Skyline Queenstown tak beroperasi sepanjang Julai 2018 disebabkan pihak mereka sedang upgred laluan luge ni.



SKYLINE Rotorua
Mungkin sebab kitorang gi pada hari Sabtu..maka payah laa sikit nak dapat parking. Pusing2 sampai 3x jugak lah...kali ke-4 baru dapat. Kita kat negara orang ni takut nak parking sembarangan tempat, kan...hahaha. Tak pasal2 nanti kena saman. Duit dorang besar weii..3x ganda RM, feww!!

Tempat parking bas dan caravan. Kabus kat atas tu sambil hujan yg tak berapa lebat tapi bukan renyai2.

Beli tiket pulak...jangan risau kalau tak paham. Yg terpampang kat sekitar kaunter tu adalah basic dan sebagai rujukan aje. Tapi bila dah sampai kaunter masa nak membeli tu..staff akan cadangkan kita amek yg mana, kemudian add on untuk kami semua dapat rasa main luge rides tu nanti. Terpulanglah pulak sape nak main sekali, sape nak main lebih.

Kitorang amek keseluruhan 10x luge dan sekali tiket gondola return (naik / turun) berharga NZD210 semuanya. Sorang boleh main 2x. Tak puas kot nak tambah lagi...leh ler bayar lain kat atas tu nanti.


View bandar Rotorua dan tasik Rotorua

Pilih helmet dulu.
Aku kena guna helmet saiz extra large sebab pakai tudung, kan. Tak muat nak guna saiz lain, heheh..



Ok, sedia untuk beratur. Orang memang ramai tapi sekejap jer beraturnya.

Bagi yg tak pernah naik luge ni...kena beratur panjang sikit sebab situ ada staff yg akan ajar cara guna luge.

Nak sampai giliran kitorang..selpie satu das!

Satu tiket ni mmg bagitau ada 7 luge. Lagi 3x kat tiket lagi satu.

Ada 3 trek untuk permainan luge ni SCENIC, INTERMEDIATE & ADVANCED tapi laluan ADVANCED tu ditutup. Jadinya, kitorang dapat laa try untuk 2 trek yg dibuka hari tu. Mula2 tu kitorang ikut trek SCENIC...santai2 sikit, boleh tengok2 scenery sekeliling terutama trek nya melalui Redwoods Forest.


Pengalaman kali pertama ni mmg rasa sangat teruja dan menyeronokkan. Naik mende ni keseronokan yg dirasa tak kira usia.
Cuma tu lah...tak leh berhenti nak amek gambar. Ramai orang hari tu..boleh membahayakan kalau berhenti. Dorang leh potong2 jer walaupun lorongnya bukan lah luas mana pun, huhu. Dah laa banyak kona kona.
Sempat amek gambar angah ni jer sebelum dia sampai penamat sebab dia last sekali dari kitorang berlima. Katanya sambil menikmati pemandangan, mmmmm..

Ok, jom naik ke tempat permulaan semula. Setiap sorang boleh bawak luge satu kali lagi.
Naik chairlift sambil tengok view yg cantek. Teruja lagi, hahahaha..


Masa pusingan pertama ni naik chairlift ngan abang..




Tengok tu...ada yg sengaja baling helmet ke jaring tu atau mmg helmet terjatuh ke...tak tau lah.

Jauh jugak dari bawah. Lama jugak naik chairlift ni. Enjoy jer.

Angah naik chairlift sengsorang..

Pastu, terus pi naik lagi sekali. Tak perlu beratur kat tempat tadi dah sebab dh tau cara nak bawak luge, kan. Maka kitorang terus beratur kat tempat lagi satu. Dapat aje luge kat situ dah boleh terus jalan.

Kali ke-2 kitorang ikut trek INTERMEDIATE pulak. Trek ni mencabar sikit laa tapi lebih enjoy bila kendalikan luge. Ramai pengunjung suka laluan ni. Trek curam sedikit dan boleh bawak luge laju.

Dah sudah tu...memang ada rasa tak puas tapi cukup2 lah. 2x tu memadai lah. Nak rasa jer pengalaman naik luge ni mcm mana.

Naik chairlift kali ke-2 ni...abang pulak naik sengsorang.

Pokok Redwood di sekeliling. Tapi pokok kat sini belum tinggi melangit lagi.

Ibu naik ngan angah..

Tu trek Intermediate laa tu. Kalau aku skip tak naik luge ni...mesti ada gambar along, angah, abang dan Hadzwan sedang bawak luge. Tapi dah aku pun tingin jugak nak rasa, kan. Maka, takde laa gambar memasing, hahah. 

Ada jer gambar yg dorang dah snap dgn kamera yg dipasang kat trek tu..tapi tunggu giliran kitorang nak tengok gambar sendiri kat skrin kaunter lambat sangat. Pastu, harga satu bukan murah...darab laa 3 pulak, adeii. Pening mak!!

Dah pulangkan helmet...kitorang amek peluang bergambar dulu kat atas ni sebelum turun semula ke bawah.




Sepatutnya lepas2 tu kitorang nak pi masuk hutan The Redwood Whakarewarewa Forest tapi tak jadi lah sebab dah tengok dah pokok2 redwoods ni sepanjang laluan luge rides kat skyline ni memadai lah. Cuma kalau dapat ke sana tu nak amek gambar..lagi lawa laa sebab susunan pokok tu elok jer, pokok pun tinggi melangit pulak tu, batang2 pokok pun besar2 sebab dah tua, pencahayaan masuk celah2 daun pokok2 yg tinggi melangit tu...uiiii, ohsem sangatlah gambarnya!!!
InsyaAllah, ada rezeki nanti sampai situ pulak, Aaminn, mudah-mudahan.

Sambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember