Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Lake Tekapo

09.07.2018, ISNIN

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 4 - Inland Scenic Route

Sampai sahaja di Lake Tekapo...kami isi perut dulu di satu kawasan yg ada meja dan bangku. Angin menderu tak terhingga datang menyapa kami. Tangan sejuk membeku dah tak rasa apa walaupun pakai glove, kebas.
Tapi digagah jugak untuk makan bekal kat situ guna sudu, huhu. Nasik, lauk semua abes sejuk. Mcm makan makanan baru bawak keluar dari peti sejuk suhu tinggi, mm.

Semua pakai glove. Tak sanggup nak bukak. Pakai sudu makan nasik, heheh.


Angah tewas dalam challenge makan kat meja tu. Tak tahan dia menahan kesejukan dengan angin yg bertiup kuat...terus lari makan kat sini, hehehe.
Punya kuat angin tu boleh menerbangkan bekas makanan tu kalau kami tak pegang, mm. Bekas2 lauk pulak kena letak di bonet aje. Terlindung dari angin yg datang dari arah tasik Lake Tekapo tu. Nak tambah apa2 kena laa gi belakang bonet, hihi. Tak boleh lupa betul!!

Ni kalau musim bunga lupin ni...mmg banyak laa kat sini. Tapi kitorang gi musim winter takde laa bunga lupin tu.







Pemandangan kat Lake Tekapo ni pun memang sangat sangat sangat sangat sangat sangat lah canteknya, Subhanallah. Awesome!!
Tak jemu mata memandang. Air menghijau, berombak dengan gunung ganang yg memutih dek salji. Angin kuat menampar2 lembut pipi dan menembusi liang roma, uiiih!!

Kat situ jugak ada jugak The Church of The Good Shepherd. Sangat popular orang bergambar kat sini jika sampai Lake Tekapo.
Tengok pokok mcm serai ni serabai pun boleh bayangkan punya kuat angin masa tu, huhu.



Tak boleh lupa betul dengan pemandangan ni. Sangat LOVE!!

Gambar di bawah ni adalah statue anjing berhadapan tempat kereta kitorang parking. Tak tau apa sejarah anjing ni, huhu. Tak sempat nak study. Macam Hachiko kat Shibuya, Jepun tu jugak ke??


Tak sempat nak naik atas ni tengok2 baca info dan bergambar. Kami perlu ke tempat lain pulak. View yg semulajadi. Setakat replika dan tugu buatan ni...takpe lah. Kita skip aje.


Sambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember