Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Lake Pukaki & Hooker Valley car park
09.07.2018, ISNIN
sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : High Country Salmon & Check in Twizel Holiday Park
Dah check in kat Twizel Holiday Park, angkat segala barang2 bawak masuk umah...kitorang keluar semula dan menghala ke Mount Cook.
Singgah menghayati keindahan Tasik Pukaki yg menghijau turqoise, Subhanallah. Kat sini pun ingat singgah sekejap tapi terleka juga dengan keindahan ciptaanNya.
Lake Pukaki ini mmg cantik sangat. Luas mata memandang kehijauannya yg tulen. Sama macam Lake Tekapo tadi. Kalau nak tengok terusan yg airnya berwarna hijau pun boleh dilihat di kawasan Twizel.
Kat sebelah kanan Lake Pukaki & pemandangan gunung ganang bersalji. Apa kurangnya di sebelah kiri. Gunung ganang yg indah terbentang, Subhanallah. Tak keruan nak ambil gambar kat situ.
Kami nak ke Hookey Valley Track kekononnya tapi cuaca hujan lebat...tak lebat...lebat, tak lebat. Kabus menyembunyikan keindahan gunung ganang yg bersalji. Subhanallah, dalam pemandangan yg sebegitu pun...berganda2 keindahan yg dibentang di depan mata. Syukurlah, rezeki mata hati kami dapat melihat sendiri kebesaran milikNya. Pemandangan seakan dunia fantasi tetapi sebenarnya realiti ada di bumi kiwi yg bertuah ni.
Kalau korang diberi rezeki...datanglah lihat sendiri di sini. Keindahannya tidak terakam dalam rakaman video. Tak terbayang dengan kata2. Ia akan dapat dihayati dengan mata hati sendiri. Perasaan ketika itu, mmmm....
Denyut nadi ketika melihat kebesaranNya terasa betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya, AllahuAkbar, sangat bersyukur atas rezeki ini.
Dah sampai di tempat parking kereta, motorhome, campervan sebelum memulakan langkah ke Hooker Valley. Tempat ini juga dinamakan White Horse Hill Campsite.
Boleh berkhemah dan menginap di sini tetapi tidak disarankan ketika musim winter. Sebab campsite ni takde bekalan elektrik walaupun disediakan tandas awam dan sinki (dah ada bangunan untuk large kitchen dan toilet katanya skang ni & dikenakan bayaran tapi tak mahal & berbaloi dgn view nya - update 2019). Tiada bekalan elektrik kat situ maka tiada laa lampu & hot shower, ye...huhu.
Di bawah ni gambar trek untuk ke Hookey Valley.
Mmg seronok sebenarnya kalau dapat sampai ke sana tapi waktu kami sampai dah petang. Bila musim winter ni...senja dan Maghrib awal. Siangnya pendek. Dengan hujan pula turun petang tu. Lagi cepatlah hari menjengah malam. Makanya..tiada lah rezeki kami untuk berjalan ke sana di waktu yg masih cerah.
Abah dan anak2 masih sempat meneroka sedikit di laluan Hookey Valley.
Aku tunggu kat kereta aje. Dorang semua pergi laa jugak berjalan menghala ke Hooker Valley tapi tak jauh pun...dorang pusing semula sebab hari dah gelap, kan?
Ikut ramalan cuaca...di Hooker Valley tu snow turun, hmm.
Takde rezeki kami..
Akhirnya pulang semula ke rumah untuk masak, makan, mandi segala lah. Boleh berehat, tengok internet...tido. Pagi esok pun kena bangun awal jugak, alahaiii!!!
*Semoga ada rezeki kami untuk sampai ke sini lagi dan boleh berjalan kaki sehingga ke Hooker Valley dan tengok glasier di hujung perjalanan suatu hari nanti. InsyaAllah, semoga kami dapat ke sini 5 beranak dan bermotorhome pula, Aamin Ya Allah.
bersambung..
sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : High Country Salmon & Check in Twizel Holiday Park
Dah check in kat Twizel Holiday Park, angkat segala barang2 bawak masuk umah...kitorang keluar semula dan menghala ke Mount Cook.
Singgah menghayati keindahan Tasik Pukaki yg menghijau turqoise, Subhanallah. Kat sini pun ingat singgah sekejap tapi terleka juga dengan keindahan ciptaanNya.
Lake Pukaki ini mmg cantik sangat. Luas mata memandang kehijauannya yg tulen. Sama macam Lake Tekapo tadi. Kalau nak tengok terusan yg airnya berwarna hijau pun boleh dilihat di kawasan Twizel.
Kat sebelah kanan Lake Pukaki & pemandangan gunung ganang bersalji. Apa kurangnya di sebelah kiri. Gunung ganang yg indah terbentang, Subhanallah. Tak keruan nak ambil gambar kat situ.
Kalau korang diberi rezeki...datanglah lihat sendiri di sini. Keindahannya tidak terakam dalam rakaman video. Tak terbayang dengan kata2. Ia akan dapat dihayati dengan mata hati sendiri. Perasaan ketika itu, mmmm....
Denyut nadi ketika melihat kebesaranNya terasa betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya, AllahuAkbar, sangat bersyukur atas rezeki ini.
Dah sampai di tempat parking kereta, motorhome, campervan sebelum memulakan langkah ke Hooker Valley. Tempat ini juga dinamakan White Horse Hill Campsite.
Boleh berkhemah dan menginap di sini tetapi tidak disarankan ketika musim winter. Sebab campsite ni takde bekalan elektrik walaupun disediakan tandas awam dan sinki (dah ada bangunan untuk large kitchen dan toilet katanya skang ni & dikenakan bayaran tapi tak mahal & berbaloi dgn view nya - update 2019). Tiada bekalan elektrik kat situ maka tiada laa lampu & hot shower, ye...huhu.
Di bawah ni gambar trek untuk ke Hookey Valley.
Mmg seronok sebenarnya kalau dapat sampai ke sana tapi waktu kami sampai dah petang. Bila musim winter ni...senja dan Maghrib awal. Siangnya pendek. Dengan hujan pula turun petang tu. Lagi cepatlah hari menjengah malam. Makanya..tiada lah rezeki kami untuk berjalan ke sana di waktu yg masih cerah.
Aku tunggu kat kereta aje. Dorang semua pergi laa jugak berjalan menghala ke Hooker Valley tapi tak jauh pun...dorang pusing semula sebab hari dah gelap, kan?
Ikut ramalan cuaca...di Hooker Valley tu snow turun, hmm.
Takde rezeki kami..
Akhirnya pulang semula ke rumah untuk masak, makan, mandi segala lah. Boleh berehat, tengok internet...tido. Pagi esok pun kena bangun awal jugak, alahaiii!!!
*Semoga ada rezeki kami untuk sampai ke sini lagi dan boleh berjalan kaki sehingga ke Hooker Valley dan tengok glasier di hujung perjalanan suatu hari nanti. InsyaAllah, semoga kami dapat ke sini 5 beranak dan bermotorhome pula, Aamin Ya Allah.
bersambung..


























Comments
Post a Comment