Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Kawarau Bungy Centre | Check-in motel | DF Souvenirs Queenstown

10.07.2018, ISNIN

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Arrowtown

Dari Arrowtown...kami set gps menghala ke AJ Hackett Bungy di Kawarau Bungy Centre. Nak tengok orang ber'bungy jumping pulak. Dah alang2 sampai NZ ni...mesti laa kena pergi tengok aktiviti ekstrem ni. Sendiri nak join tu...uish, takde lah. Takut tu satu....keduanya bukan murah. NZD205 sekali terjun. Tu belum convert ngan RM lagi tu, huhuhu. Kalau nak tau...kali laa duit tu ngan 3.


Dapat laa tengok 4-5 orang yg buat aktiviti tu. Ada yg berani sangat...ada yg penakut sangat tapi dia kena buat jugak sebab dah bayar. Rugilah pulak kalau tak teruskan dan rasai pengalaman.

Bila orang lain yg terjun...kita yg tengok ni leh gelak2 jer melihat dorang terjerit2. Cer sendiri yg buat tengok?? berpinar rasa nak pitam kot mata tu, huhu..

View lain dari tempat orang ramai berdiri melihat aksi bungy jumping ni..

Krew yg tunggu di bawah untuk menyambut peserta terjunan selepas abes terjun tergayut2 kat tali tu, adeii. Kalau aku tu mau pening darah turun ke kepala, huhu..


Dapat laa tengok proses dari nak lompat tu sampai laa disambut oleh krew dorang di bawah tu. Tengok orang terjun memang seronok tapi kat situ sejuknya alahaiiii. Tak tahan menahan sejuk tu. Cukup laa tengok 4-5 orang terjun...kitorang kena bergerak ke bandar Queenstown pulak. Nak singgah membeli bahan2 mentah kat Pasaraya Pak'nSave sebelum check in motel.

Ni adalah pandangan dari atas pintu masuk untuk ke kaunter, kedai souvenir dan pintu keluar ke tempat terjun bungy. Masuk2 jer pintu akan terus nampak camni iaitu berada di tingkat 4. Ada lif untuk turun dengan mudah atau pun berjalan kaki sepanjang laluan bulatan seperti dalam gambar ni.

Belakang tu pintu masuk..

Bas ni dari bandar Queenstown bawa pengunjung yg nak ke Kawarau Bungy Centre. Tengok kepala bas ni memang lain laa dari kepala bas yg selalu kita tengok. Bas ni berkepala lori. Terpisah dengan tempat duduk penumpang di belakang tu, heheh..

AJ, heheh...

OTW ke bandar Queenstown. Hari mula nak masuk senja dah. Alahaiii, cepat betul. Jam baru jer pukul berapa.

Bergambar kenangan dengan Pak'nSave...heheh..

Kat dalam pasaraya ni...kitorang beli ayam Tegel (halal di NZ) & udang besar 5 ekor (dapat sorang sekor nanti, heheh). Selain tu ada beli susu, buah kiwi. Sepanjang di bumi NZ ni...minum susu segar puas2, makan buah kiwi segar puas2.
Udang untuk dimasak malam ni dan ayam untuk dibuat stok bahan memasak di Te Anau nanti. Dah lama tak makan ayam.

Bandar Queenstown ni memang ramai pelancong. Antara bandar yg sesak & meriah sehingga waktu malam di New Zealand ni. Bandar lain dah sunyi dah sedang2 ni, huhu.
Kat sini baru boleh jumpa jalan jem yg panjang di New Zealand. Kitorang dah merasainya dari Pak'nSave, Queenstown nak ke penginapan satu malam kami di sini. Makan masa hampir satu jam jugak. Padahal takde jauh mana pun.

Dah jumpa motel yg kami tempah online melalui booking.com. Tempat parking percuma memang ada tapi padat dan sempit. Berbukit pulak tu keadaannya.
Maka, untuk tido malam tu kami pun check in kat Southern Laughter Backpackers, Queenstown. Suasana di penginapan ni betul2 kitorang rasa macam backpackers sebenar, hahahah. Kat ruang dapur dorang yg ramai guna, ruang tamu yg ada tv pun penuh, lorong bilik yg sempit...

Kami tak masak dulu walaupun perut dah rasa lapar. Tak berapa selesa tengok keadaan dapur dan ruang tengok tv di tempat yg sama ketika itu sedang dipenuhi oleh pengembara omputih.
Kami kena keluar bandar dulu. Risau pulak nanti kedai DF Souvenir tu tutup. Tak sempat nak beli souvenir murah2 pulak nanti, adeii.
Kami keluar berjalan kaki sahaja ke bandar Queenstown. Menuruni bukit. Ramai yg keluar waktu tu dari serata ceruk yg juga ada motel, hotel. Sambil jalan tu terpaksa lah menahan SEJUKKK!!!


Kitorang gi DF Souvenirs...satu kedai souvenir yg sangat2 recommended untuk pelancong. Kat sini harga barang2nya dijual murah lah dari kedai2 lain walaupun barang yg sama sebijik. Kat sini jugak banyak pilihan. DF Souvenirs ni besar kedainya dan menyediakan banyak barang2 yg boleh dibuat souvenir.

Dalam kedai ni jugak ada pekerja dari Malaysia yg berbangsa Cina.

Dia tak sampai 6 bulan lagi kat sini. Working holiday, katanya.
Memang gembira bila terjumpa orang Malaysia ketika berada di negara orang ni. Tapi yg akan seronok berbual dengan kitorang ritu adalah pelajar Malaysia kat sana dan warganegara yg bekerja di sana.
Kalau yg melancong tu...susahnya nak balas senyuman aku ni. Serupa jugak situasi begini ketika kat Jepun ritu. Tu sebab aku lebih suka jadi pengembara...sebab pengembara ni lebih mesra alam. Bukan jadi riak bila diberi rezeki dapat travel ke negara orang.

Aku banyak membeli kat sini. Ntah laa...bila travel hati ni sebok teringat kat orang nak beli apa2 kat mereka. Harap mereka menghargainya lah walaupun barang tu murah dan kecil sahaja. 

Kat sini aku beli anak patung biri2 saja 5 ekor, t-shirt pun beli beli 7 helai, keychain lagi, fridge magnet, manuka honey facial serum tambah lagi 2 botol (dah beli sebotol kat Arrowtown. Mahal nzd3 dolar, mmm). Beli manuka honey hand lotion jugak. Uiiiii...nak dekat NZD200 jugak berabes kat sini sahaja. Memang tak boleh convert dengan RM...pening nanti. Ini pun dah terconvert jugak dalam otak ni. RM600 jugak woo aku dah berhabes tadi, huhu...

Dah puas hati menyoping souvenir...kami pun melangkah kembali menuju ke motel. Nak masak nasik, nak masak lauk lagi.
Dah sampai bilik terus aku bawak naik perkakas dapur yg aku bawak serta bahan2 masak ke atas. Dapur kat atas bilik kami. Kena laa naik tangga. Masih ada pengembara lain di situ tapi takde laa penuh macam tadi.
Tengok keadaan dapur di sini...adeiii, rasa macam kekok dan tak reti pulak nak buat keje. Dapur pun ada tungku yg tak boleh nak digunakan. Dah tu...dengan keadaan perkakas periuk kuali segala yg disediakan kat situ aku mmg rasa was2 nak guna. Di tempat lain tak macam ni. Kat sini memang otomatik hati tu akan terus jadi was2 bila melihat keadaan dapurnya.
Mujur lah aku ada bawak jugak set periuk comel yg orang gi camping selalu guna tu. Siap set dengan sudip dan senduk comel.
Kat sini memang aku tak guna langsung perkakas dapur dorang kecuali air sinki dan tungku dapur untuk memasak tu aje.
Span basuh pinggan pun guna sendiri punya. Pencuci pinggan GLO packing dorang botol comel pun aku bawak dari Malaysia.

Kat situ bukan saja dapur...ada jugak tv, ruang melepak. Jadinya, ramai ler omputih yg menginap kat situ dok melepak, bersembang2 sesama dorang.
Aku terus aje memasak dengan ditemani abang dan along.

Aku dah plan malam tu nak masak sambal udang (udang besar beli kat Pak'nSave tadi. Sambal guna pes Brahims aje), ikan salmon fresh yg digoreng dgn minyak yg minima (nak grill tapi tak jadi...kena goreng sebab nak cepat dah lapar, heheh) dan goreng telur dadar.

Keadaan di dapur dorang. Mat Saleh lelaki tu staff motel tu rasanya sebab tengok dia sentiasa memastikan peralatan dapur bersih dan dicuci. Tapi memula aku masuk tadi...aduhaiiii, minyak merecik sana sini. Dengan sup penuh satu periuk besar...uii, ngeri pulak dorang masak sup apa. Siap tanya kitorang nak ke tak sup tu, adeiii..


Malam tu kitorang makan mewah dari kebiasaan sepanjang di New Zealand. Sambal udang saiz besar, ikan salmon goreng dan telur dadar. Omputih yg masih ada kat dapur waktu tu...tengok kitorang makan macam pelik laa jugak. Makan malam heavy ngan nasik + lauk pauk siap ada sambal udang dengan salmon weii. Dorang makan salad aje. Nasik pulak buat bubur takde perasa. Sempoi betul!!! Kitorang ni yg over sikit. Iye lah, perut orang Melayu, kan.....

Dah makan tu..baru lega perut, wehhh....hahahaha. Cuaca sejuk ni memang cacing lapar semedang, huh!!

Kat sini leceh sikit sebab bilik aku ngan abang dan bilik budak bertiga tu lain2 bangunan. Bilik pun sempit. Nak berhubung pun payah sikit lah walaupun ada wasap.

Malam tu aku tidur lewat jugak lah sebab nak packing barang2. Peningggg!!!!
Mana nak pack baju dah pakai, baju belum pakai, bahan2 masak lagi, perkakas memasak...jenuh weh. Tapi itu lah dinamakan pengalaman. Pengalaman yg mematangkan dan meningkatkan diri belajar lebih bersabar...

sambung...

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART