Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 5 - Check out & singgah Lindis Pass

10.07.2018, SELASA

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Lake Pukaki & Hooker Valley car park

DAY 5


Jalan ni memang popular tak kira lah ketika musim apa pun. Apatah lagi jalan ni adalah penghubung antara Christchurch dan Queenstown.
View di laluan ini sememangnya memukau sangat, Subhanallah.

Al-kisah.....
Dah jadi rutin aku akan bangun sengsorang jam 4 pagi sejak berada di bumi kiwi ni. Yang lain biar lah dorang tidur dulu. Nanti jam 5.00 pagi akan dikejut sorang demi sorang bangun gi guna bilik air tu.
Aku seperti biasa akan menyediakan sarapan pagi dan masak bekalan tengahari nanti. Pagi tu sarapan buat sandwich aje. Dah rebus telur dan goreng tuna tin malam tadi. Pagi ni lenyek2 aje untuk dibuat sandwich. Untuk bekalan tengahari...aku goreng bihun. Sebab tengok sini ada kuali besar. Risau pulak kat tempat penginapan lain nanti takde kuali besar...payah lah nak goreng bihun.

Yg ini untuk sarapan. Ada lebih sandwich..kita boh dalam bekal. Leh makan dalam kereta bila lapar nanti.

Sebungkus bihun dapat 3 bekas ni aje. Harap nanti semua boleh kenyang laa, ye...huhu.

Abang dah siap. Tunggu yg lain siap pulak..

Elok bagi bersih dapur dorang dah. Kita jaga nama baik pelancong dari Malaysia, ok!!

Ada yg dah siap, ada yg baru lepas mandi...ada yg gi buang air siap2, heheh..

Sambil panaskan enjin kereta...gi bergambar jap kat signboard tempat penginapan kami malam tadi. Rekemen untuk korang bermalam kat sini. Terbaik!!!

Singgah jap di Omarama untuk isi petrol di stesen Caltex.
Kat sini harga minyak berbeza setiap stesen pam dan harga akan berubah setiap hari. Yg paling murah NZD1.89 di sebuah pam yg cuma menerima kredit kad iaitu sebuah stesen yg hanya ada pam minyak sahaja tanpa kedai atau kaunter pembayaran. Harga standard adalah sekitar NZD2.21 untuk unleaded 91. Sini nak isi petrol..kita kena isi dulu dan baru ke kaunter untuk bayar. Kat Malaysia memang kena bayar dulu baru isi petrol. Bahaya Malaysia ni...tak ramai orang jujur agaknya.


Suasana selepas Subuh ketika dalam perjalanan ke arah Queenstown..

Kat Omarama ni ada The Wrinkly Rams iaitu tempat pertunjukan mengetam bulu biri2. Masuk kena bayar jugak lah, dalam NZD20. Tapi kitorang tak pergi pun sebab lalu sini masih di awal pagi. Show dorang ni mula jam 10 pagi.

Makin dekat dengan Lindis Pass...kawasan makin penuh salji di kiri dan kanan jalan. Hati teruja lagi. Tak puas lagi main salji ketika di Jepun awal tahun ritu. Pantang nampak tempat boleh berhenti...rasa nak berhenti saja, huhu...





 

Teruja betul bila tengok gunung ganang yg bersalji disimbahi cahaya mentari pagi, Subhanallah, Maha Suci Allah.
Makin menghampiri Lindis Pass makin tebal nampak saljinya.
Laluan kami juga dipermudahkan sebab baru jer lori pembersihan salji lalu situ untuk clearkan salji di atas jalan, Alhamdulillah.


Look point yg boleh berhenti..




Bila pancaran cahaya matahari pagi suluh salji yg memutih di gunung, Subhanallah.








Dalam banyak2 tempat ketika 10 hari di bumi kiwi ini...kat sini lah tempat yg kitorang boleh nak main2 salji pun, huhu. Beberapa tempat lain ada salji tapi tak tebal macam kat sini. Dan ada jugak tempat yg dipenuhi salji tapi tak dapat nak pergi sebab jalan ditutup pada semua kenderaan. Ada kawasan yg dikatakan akan turun salji tapi tak de pun.

Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Wanaka. Jadi, kami tak akan melalui Cromwell Road. Ada beberapa tempat yg akan kami jejak dari Wanaka ke Queenstown ikut Cardrona Road nanti.


Jambatan merah ni menandakan kami akan ke Wanaka dari Lindis Pass tadi. Dari sini...kami melalui jalan berkabus tahap tak nampak jalan selama 10-15 minit. Pemanduan mmg kena slow dan lampu kereta dinyalakan. Terasa macam dalam game Silent Hill pulak, huhu..


bersambung lagi nanti..

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember