Trip ke NEW ZEALAND 2018 : DAY 3 - Kisah JetStar & APEX Car Rental

08.07.2018, AHAD

Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Huka Falls


DAY 3

Pagi tu masak nasik goreng jugak sebagai sarapan. Tapi tak sediakan bekalan makanan sebab nak naik flight ke Christchurch nanti. Leceh pulak nak berbekal2, kan?

Sebelum check out...sempat bergambar kat bangunan bilik kitorang selama 2 malam di Auckland.

Selama 2 malam di Auckland...kami menginap di Kiwi Airport Backpackers. Nak kata dekat sangat dgn airport tu...tidak lah. Ada laa jugak perjalanan 15 minit kot. Kena naik shuttle ataupun memandu dengan kereta sewa.
Sini jugak ada bilik taraf hotel tapi mahal sikit ler dari bilik backpackers yg kitorang duduk ni. Kitorang kat sini untuk tumpang tidur, tumpang bilik air, tumpang masak aje. Bilik kongsi ni ada untuk 2 orang, 4 orang. Aku ngan abang amek bilik 2 orang. Budak2 tu aku sewakan bilik 4 orang. Sorang lagi malam tu awek omputeh, huhu. Mujur lah awek tu pun jenis sopan orangnya, ye. Jumpa dia pun waktu pagi waktu nak check out tu aje.

Pagi tu mmg nak keluar awal. Nak pulangkan kereta lagi, nak tunggu bas lagi. Biar awal sampai dan menunggu..jangan lambat. Lambat kang serba tak kena nanti.

Petrol kereta dah isi penuh dah malam tadi. Memang syaratnya mcm tu. Terima kereta waktu sewa ritu petrol penuh. Maka bila pulangkan pun kena penuhkan semula petrol kereta tu sebelum dipulangkan.

Pulangkan kereta dengan SNAP sangat mudah. Petrol penuh, serahkan saja kunci...SELESAI.

Tunggu bas Park & Ride untuk ke Terminal Domestik..

Dengan SNAP memang sempoi abes. Ofis dorang jam 6 pagi dah bukak dah. Takde laa nak kena cas ekstra hantar kereta sbb opis dorang tak bukak lagi mcm syarikat rental car yg lain. Begitu jugak masa ambil kereta hari tu. Ofis SNAP tutup jam 10 malam. Maka, kami tidak dikenakan cas ekstra jugak sebab amek kereta waktu ofis dorang masih beroperasi. Syarikat lain ada kenakan cas ekstra sekiranya kita datang amek kereta melebihi jam 6 petang sebab opis dorang dah tutup.
**Extra cas tu sekiranya dikenakan adalah dalam NZD30 ke atas jugak untuk satu2 masa tu, mm.

Di luar Terminal Domestik Auckland. Sejukkkk. Jom masuk dalam cepat, heheh..

Dah check in guna mesin kiosk. Tunggu nak drop luggage jer. Untuk penerbangan domestik...check in dibuka 2 jam sebelum flight. Buleh online guna wifi airport.

Nampak laa duit RM dalam tu...kebanyakannya RM1 & RM5..

Mengantuk sebenarnya ni. Tak cukup tidur dengan aktiviti yg padat pagi sampai malam, huhu.

Flight kitorang pada jam 10.15 pagi dari Terminal Domestik, Auckland ke Christchurch ni dengan JetStar, syarikat penerbangan tambang murah mcm AA jugak.
Jadi, pagi tu kitorang kena tunggu bas Park & Ride yg pergi ke Terminal Domestik. Jangan salah naik yg pergi ke Terminal Antarabangsa pulak. Leceh nanti nak jalan kaki dengan begpack berat, bagasi lagi....walaupun bersebelahan kawasan jer.


Pengalaman naik JetStar ni...bagi aku dorang ni sempoi abes lah!!
Pramugari ni kalau berusia tu biasalah (penah tengok MAS & MALINDO pun ada jer pramugari yg berusia) tapi kebiasaannya mmg body dorang masih maintain bergetah lah, kan. Tapi JetStar ni...memang tak sangka betul. Fizikal dorang besar dari aku, perut pun takde laa kempis pun, mekap tak tebal, tak pakai lipstik pun ada, hihi.
Contoh mcm dalam gambar ni lah. Mungkin mereka ni orang Maori. Tapi mereka ni baik. Cakap tu suara lembut aje dan tetap cekap menjalankan tugas masing2.


Naik JetStar ni kitorang dapat lah duduk sebaris walaupun tak beli 'seat'. Kitorang pun beli tiket sekaligus...bukan asing2. Tapi untunglah yg dapat duduk tepi tingkap. Buleh tengok view yg cantik dari ruang udara bila dah sampai kepulauan South Island.


Ni view bila dah nak sampai Christchurch. Bentuk muka buminya...menarik untuk dilihat dari atas. Ni kat kawasan pertanian dan sungai yg kekurangan air ketika masuk musim winter ni.

Alhamdulillah, pesawat JetStar yg kitorang naik tu telah mendarat dengan selamatnya. Maka, teruja laa pulak bila dah sampai South Island ni, fuh!!

Sebelum ni tengok orang bergambar kat sini. Skang, Alhamdulillah...kitorang rezeki sampai sini.

Alhamdulillah, masa claim bagasi ni kitorang mmg ingat sangat nak amek beg SPAIN tu. Sian kalau dia tertinggal lagi. Banyak keperluan kami nak guna ada dalam beg tu, oiii. Kalau terlupa lagi..memang jenuh laa.
Penerbangan domestik dengan JetStar ni dorang tak kisah pun bawak air, makanan pun ok jer ada kat tangan...mm. Kalau tau gitu...aku masak bekal pagi tadi pun takpe, kan?? kan?


Dah selesai claim bagasi..keluar di arrival hall maka kitorang pun ikut arahan seperti dalam emel APEX. Kol dorang guna talian free yg disediakan untuk semua pelanggan syarikat rental car bila dah sampai airport.


Dah kol...kitorang kena jalan kaki sedikit untuk tunggu van shuttle datang amek. Ofis dan depot APEX adalah dalam 5 minit perjalanan.
Memang sejuk terasa kat luar kawasan airport Christchurh ni.Mujur lah dah pernah rasa sejuk camni...buleh laa tahan jugak.

Sambil berjalan tu...berhenti bergambar lah sekejap. Nak main piano tu tak reti pulak. Tapi mmg buleh guna, picit tekan2 piano tu, heheh..

Tunggu van shuttle datang semula amek kami pulak. Tadi dah sampai dah...tapi bagi laa orang yg mula2 menunggu naik dulu. Grup besar jugak lah nampaknya. 

Dah sampai pejabat APEX...kitorang disambut dengan mesra sekali. Ramai pelanggan yg sedang berurusan dengan mereka.

Staff sedang check booking yg kitorang dah buat..

Masa ni sedang cuba selesaikan problem kad, hahaha. Leceh jugak ye takde kredit kad bila debit kad tak leh fungsi pulak kat sana.

Kad debit bank Malaysia ni masalah betul tak leh guna kat NZ ni walaupun ada lambang VISA, MASTERCARD.
Agak lama juga laa kat sini semata2 pasal kad yg tak tercetak sekali nama pemiliknya ni, huh!!
Mula2 try guna kad debit Angah, kad debit abahnya jugak tapi mmg tak boleh guna, hmmm. Jadi, kami bayar guna wang tunai tapi tu lah...dorang tetap nak kan kad yg ada nama salah sorang daripada kami.
Aku ngan abang memang takde laa. Cuma ada kad debit Mybk aje...kad debit yg mmg takde nak cetak nama pemilik pun kat kad tu.
Try pulak kad debit CIMB Angah...pun takde nama jugak. Kad CIMB Kwik Angah pun sama masalahnya.
Nak dijadikan rezeki...masa angah belek2 kad siswa Bank Rakyat tu...terus jer staff APEX tu kata kad tu boleh digunakan untuk dorang key-in rekod. Sebabnya, kad tu ada tertera nama Angah, huhu. Adeiii lahhh, mujur lah ada kad tu. Terima kasih laa pada kerajaan terdahulu yg mewujudkan Kad Siswa Bank Rakyat ni.

Inilah kad debit yg menyelamatkan kami dari berlama2 lagi di pejabat APEX hari tu, huhu.

Kad ni untuk rekod dorang aje. Mungkin kebarangkalian untuk digunakan ketika perkara yg di luar jangkaan berlaku. Pembayaran kami buat dalam tunai.

Dah selesai masalah tu, kami pun dah boleh dapat sebuah SUV sewa. Tapi kami terpaksa menghabiskan sedikit masa lagi di pejabat APEX bila kena belajar pulak guna snow chain ni, adeii. Naper orang lain yg sewa tadi tak kena belajar pun?? Mesti dorang pun ada yg belum pernah guna snow chain ni. Mesti dorang jugak akan ke Queenstown guna Lindis Pass??
Tapi tak mengapalah...kita belajar laa jugak, ye. Jadi apa2 nanti sendiri yg nak tanggung jugak, huhu. Dia tunjuk laa cara menggunakan snow chain sekiranya perlu dipasang ketika salji tebal di atas jalanraya ataupun ketika keadaan jalanraya black ice.

Selain tu staff nya betul2 buat penerangan tentang pemanduan di sini. Memang sama pemanduan di sebelah kanan tapi bila di lampu isyarat dorang...ada kelainan sedikit.


Staff dah tunjuk kereta dan tandakan kerosakan2 kecil yg ada pada badan kereta (cth: calar) pada satu borang...ada yg perlu angah sign (sebab kad tadi atas nama dia).
Salinanborang tu (berwarna biru) kitorang kena simpan elok2. Nanti masa pulangkan semula kereta..dorang nak semula salinan (yg mempunyai gambarajah kereta dan terdapat tanda2 X bermaksud telah berlaku kerosakan2 kecil yg sememangnya sedia ada pada badan kereta tersebut).

Angah kena sign..

Pemandu utama kena sign...sebagai menerima kereta sewa ini untuk digunakan. Angin kuat masa ni. Tengok aje lah rambut staff pompuan tu...abes kusut masai ditiup angin, heheh..

Kat sini..apabila menyewa sebuah kereta...pemandunya mestilah berusia 21 tahun ke atas. Dengan APEX ni...berapa orang driver pun boleh (free tak kena bayaran tambahan) tapi mesti berusia 21 tahun ke atas.
Dengan SNAP...juga free untuk pemandu tambahan tapi takde syarat apa pun pasal umur pemandu asalkan pemandu ada lesen memandu jer.

Aku tak letak pun nama sebagai pemandu...sebab aku nak rileks tengok pemandangan semasa dalam perjalanan tu. Kan ke aku dah kena bangun pagi2 memasak, balik tempat penginapan pun kena memasak. Sampai2 terus cari dapur untuk bagi perut kenyang. Jadi, kena laa rileks, kan. Memandu kita bagi laa tugas pada orang lain, heheh..


Dengan bayaran sewa NZD378 untuk 6 hari di South Island (sekali dengan insurans 0 Excess juga) kereta RAV4 ini dah sedia berkhidmat untuk kami!!

Tanpa berlengan masa...on Google Maps...jom ke Castle Hill............


Bersambung.

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember