Trip ke BANDUNG 2018 - Day 4 : Check out, ke Kartika Sari & pulang

09.04.2018
ISNIN

Pagi tu sarapan kitorang dihantar ke bilik. Tak perlu turun ke cafe.
Senang jugak mcm tu. Sambil2 siap tu boleh makan.

Bergambar sebelum check out. Mmg cantik lobi hotel mereka..
 
Rooftop di Hotel Cinnamon..

Dah check-out kitorang dibawa ke Kartika Sari untuk membeli makanan2 ringan yg nak dibawa pulang ke Malaysia. Kami beli yg pernah beli trip sebelum ni. Yg mana kurang kat tekak...kitorang tak beli dah laa, heheh. Tapi yg pasti..bbrp jenis kuih2 tradisional yg dijual kat sini...kitorang akan beli. Sedap, nyum!!


Ibu dan anak..

Kedai akhir yg kitorang sempat untuk membeli belah...adalah di kedai Sari Raos. Kedai aneka kerepek dan kekacang yg harus dibawa balik jugak, huhu.
Kat sini mesti beli kacang bandung dan samosa bandung. Yg lain tu bila rasa nak beli...beli. Nanti dah balik menyesal pulak tak beli, heheh.



Akhirnya, selesai lah trip Bandung kami. Kami perlu ke airport utk check in dan terbang balik ke Malaysia.
Terima kasih Arif, terima kasih Reza. InsyaAllah...bila ada rezeki ke Bandung kita jumpa lagi.

Bergambar dengan Arif sebelum berpisah. 
Kalau korang yg masuk sini nak cari supir terbaik di Bandung..boleh cari nama Reza Mf di Facebook. Deal dengan Reza sangat mudah. Servis terbaik, boleh bertolak ansur dan harga perkhidmatan yg ditawarkan amat berpatutan.
Kami dah 3x trip ke Bandung menggunakan servis Reza. Apatah lagi kengkawan kami yg lain yg dah ke sana berkali2, dah macam kampung ke-2 dorang dah Bandung tu, hahahaha.



Kami ke Bandung kali ni pi-balik dengan Malindo sbb masa kitorang nak beli tiket tu tambang AirAsia ke Bandung dah mahal. Pastu tak termasuk bagasi pulak tu.

Alhamdulillah, selamat sampai ke KLIA dan terus bergerak pulang ke Taiping malam tu jugak setelah amek kereta yg diparkir di Putrajaya Sentral.


~TAMAT~

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART