Trip ke BANDUNG 2018 - Day 2 : Kawah Putih & refleksologi di Le'mongrass Spa

07.04.2018, SABTU
Day 2

Segar. Tidur lena. Cukup untuk bekalan tenaga hari ini, heheh.
Pagi tu sarapan pagi di hotel. Nak makan puas2 tapi perut tak leh nak sumbat sangat, huhu. Nafsu mata jer. Tekak tak berapa nak makan sangat walaupun kesemua menu sedap2 belaka.


Bergambar di luar pintu lobi Hotel Cinnamon Boutique Syariah..
Ini kali ke-2 pengalaman aku dan en.somi menginap di sini. Pertama kali adalah trip ke Bandung pada tahun lepas (2017) bersama kawan2 vokay.

Pagi tu terus saja dibawa ke Kawah Putih. Mmg kami ke Bandung bukan untuk membeli-belah pun tujuannya. Nak bawak mak, along, Akiss dan Yui tengok alam semulajadi yg takde kat Malaysia & melawat tempat2 menarik kat sana.
Bandung ni mmg seronok sikit sbb cuaca tak berapa panas apatah lagi bila berada di Kawah Putih mahupun di Tangkuban Perahu. Sejukkk situ, best!!
Makan kat sini sedap2 pulak tu...banyak restoran dan kedai makan sedap2.

Skang ni nak ke Kawah Putih cuma sejam lebih sikit jer. Sbb hiway dah siap dan boleh digunakan. Tahun lepas...2 jam jugak. Hiway masih dalam pembinaan agaknya.








Skang ni...banyak dah spot2 menarik untuk bergambar kat sini.
Cuaca hari ni pun sesuai lah nak merayau luas2 sikit. Dah dibina satu jambatan seperti jeti sampai ke tengah tasik untuk bergambar. Kena bayar jugak lah untuk masuk situ. Akiss, Along dan mak jer yg gi. 

Dah puas kat situ..kitorang ke Glamping Side Rancabali Ciwidey. Dah alang2 ada kat area Ciwidey ni..terus lah ke sana walaupun kena bayar masuk. Hujan turun lebat tapi redah aje lah.
*Tahun lepas pun aku ngan en.somi sampai kat sini dalam keadaan hujan jugak.


Dari atas kapal...hehe..

Perut mula terasa lapar. OTW balik..singgah makan kat Restoran Saung Gawir. Memang sedap makan kat sini. Tu yg bawak dorang lak datang makan sini.


Balik dari sana...minta Arif bawa ke Jalan Riau untuk beli perfume yg Leen cakap tu. Disebabkan kedai perfume tu kat luar The Crown FO...dapat jugak aku dan Akiss sorang sehelai cardigan, hahaha.

Bila Arif tanya kitorang kalau2 nak gi massage...kitorang pun ok jer. Tapi cukup lah urut refleksologi jer. Sebab dah malam dah tak balik hotel lagi nih, heheh. Sian mak..mesti letih tu. Warga emas, kan.

Arif bawa kitorang ke Le'mongrass Spa.
Syok sungguh bila kaki diurut dan urat2 kaki pun lega semula. Maklum lah...kaki banyak berjalan hari ini.

Terbaik...
Bersama Arif...pemandu kami sepanjang 4 hari di Bandung.

Dari situ...terus balik hotel. Aktiviti kami hari ni setakat tu aje lah.
Bersih2kan diri...tidur dengan nyenyaknya. Cas tenaga semula untuk aktiviti hari ke-3 esok.

Alhamdulillah, kami diberi kesihatan yg baik walaupun keadaan cuaca tak menentu.

Sambung di Trip ke BANDUNG 2018 - Day 3 : Tangkuban Perahu

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember