Trip ke BANDUNG 2018 - Day 1

06.04.2018, JUMAAT
Day 1

Kali ke-3 untuk aku dan en.somi ke Bandung. Kali ni bawak Akiss, Along, mak dan Yui ke sana pula. Tanpa Idah. Urus sendiri tapi dah kenal driver kat sana. Alhamdulillah, ia memudahkan.

Kami dari Taiping jam 11mlm. Terus ke Putrajaya Sentral. Simpan kereta kat Park & Ride di sana. Dari situ kami menaiki KLIA Transit ke KLIA1. Kami menaiki MALINDO Air untuk ke Bandung kali ni.

Tunggu ERL yg pertama utk pagi tu..
Alhamdulillah..urusan berjalan dengan lancar.
KLIA1 ni tak besar mcm KLIA2.. Mudah sikit lah untuk mak. Tak perlu berjalan kaki jauh2 untuk masuk perut pesawat.




Mak dah naik dulu sebab warga emas diberi pelepasan awal. Kitorang kena laa tunggu turn. Tak perlu bimbang lah. Tiket kan dh ada no. seat nya...heheh.

-----------------------------------------------------------

Alhamdulillah, sampai sana jam 12 lebih. Arif sudah menunggu.
Terus minta dia bawak ke kedai makan. Lapar dah ni..huhu. Maklum lah...dalam MALINDO cuma makan cupcake sebagai alas perut aje.

Sedap jugak makan kat sini..Kedai Belacan

Selesai makan..kitorang terus ke Pasar Baru.
Cari knitted shawl, telekung..
Lepas tu terus check-in.
Rehat mandi2, bersihkan diri...lepas Maghrib kitorang nak keluar jap.
Gi Paris Van Java Shopping Mall. Ingat nak tengok kasut Sketchers kat situ. Mahal serupa kat Malaysia jugak...tak jadi laa nak beli, hehehe.


Dari situ...kitorang mintak Arif bawa gi kedai Bakso aje. Sbb perut masih kenyang. Takde rasa nak makan nasik pun.

Dah puas makan bakso terus balik hotel lepas2 tu. Berehat utk aktiviti padat hari esok.


Sambung..Trip ke BANDUNG 2018 - Day 2 : Kawah Putih & refleksologi di Le'mongrass Spa

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember