Trip ke JEPUN 2018 - Day 6 : Tokyo Metropolitan Government Building


18.01.2018, KHAMIS
Day 6
Sambung dari Trip ke JEPUN 2018 - Day 6 : Shibuya Crossing & Hachiko Statue

Shinjuku St - Tokyo Metropolitan Government Building (jalan kaki jer)
Shinjuku St - Otsuka St (tren JR Yamanote Line)

Dari Shinjuku St...kami mencari signboard ke arah Tokyo Metropolitan Government Building (TMGB). Dah nampak...kitorang ikut jer sign tu iaitu laluan terowong yg panjang di bawah tanah. Laluan yg mempunyai kedai2 di sebelah kiri.
Kalau dalam google maps...kata jalan dalam 12 minit aje dah sampai, hahahah. Tapi kaki orang Malaysia ni mana laa nak sama ngan langkah orang Jepun. Kitorang kena jalan kaki dalam 20 minit jugak utk sampai ke bangunan selatan TMGB. Orang Jepun ni jalan laju betul, berlari2 dengan kasut high heels pun ramai, ish2.

Tokyo Metropolitan Government Building ni adalah bangunan pencakar langit yg berkembar. Ada bahagian South dan North. Bahagian South dibuka utk lawatan sehingga petang sahaja. Tetapi bahagian North dibuka sehingga malam utk orang awam naik sehingga ke observation deck.

Utk masuk ke TMGB ni...free aje. Tak dikenakan bayaran seperti bangunan tinggi popular lain di sana. Dapat laa jugak tengok pemandangan bandaraya Tokyo di waktu malam dari tempat tinggi.





Kat atas tu ada juga kedai souvenir. Harga mahal sikit jer dari bawah. Boleh laa kalau nak beli tu. Tapi kitorang tak beli lah sbb dah banyak beli tempat lain. Lagi pun budak2 ni tengah tunggu nak shopping di Akihabara esok, huhu.

Kat atas tu jugak ada stamp pad utk cop pada buku passport lama kita atau pada sekeping kertas biasa, pada baju pun boleh...hahaha. Kot laa nak buat koleksi cop dan kenangan jugak, kan..

Dari situ kitorang pun jalan kaki semula ke Shinjuku St selama 20 minit lagi...hahaha. Letih wei..lenguh2 betis dan tapak kaki ni dah. Tapi itu adalah usaha, kan. Semua jadi kenangan bila dah sampai kat rumah sendiri...heheh..

Dari Shinjuku St terus aje naik tren JR Yamanote Line utk pulang ke apartment di Otsuka semula. Dah sampai sana...jalan kaki lagi & singgah mart beli air dan beberapa barang keperluan.

Malam tu rehat...rehat...
Esok sehari suntuk nak tawan bandaraya Tokyo, hahahaha..iye2 jer.


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember