Trip ke JEPUN 2018 - Maklumbalas AIRBNB
Alhamdulillah, ni maklumbalas dari owner rumah yg kitorang sewa dari AIRBNB di Kyoto (4h3m) dan di Tokyo (3h2m).
Di AIRBNB..kami (owner rumah dan penyewa) sama2 buat review dari link yg AIRBNB bagi melalui emel. Owner buat review tentang penyewa...penyewa pun boleh review tentang owner dan komen tentang unit yg mereka sewakan tu.
AIRBNB cuma akan emel bagi baca review tersebut setelah masing2 hantar review tersebut. Maknanya, kalau kita nak tau komen dari tuan rumah tentang kita sebagai penyewa..kenalah hantar review tentang mereka dan unit mereka tu terlebih dulu..begitulah sebaliknya..
Sebenarnya, masa kecoh2 viral mengenai 3 orang remaja dari Malaysia yg gi melancong ke Jepun buat onar di sebuah guesthouse di Osaka pada Ogos tahun lepas.....kitorang risau jugak owner rumah yg kitorang dh booking sejak bulan Jun 2017 ini terpengaruh dengan situasi tersebut dan membuat pembatalan atas booking kami. Namun, Alhamdulillah..tak terjejas pun. Ye lah, dorang pun mesti pikir..itu adalah sikap individu. Bukan bermaksud semua Malaysian pun punya sikap yg sama, kan?
![]() |
| Dari owner Heart Homestay di Inari, Kyoto.. |
![]() |
| Dari owner First Choice Homestay di Otsuka, Tokyo |
Setakat ni..dah 4 kali guna AIRBNB termasuk di Cyberjaya dan Puchong. Semua unit yg disewakan memuaskan kami dan dorang pun bagi feedback tentang kami yg baik2, Alhamdulillah.
Korang yang tak pernah sign in AirBnb lagi utk cari homestay terbaik di Malaysia ataupun di luar negara...leh laa klik 👉 JOM BerAIRBNB utk dapatkan RM120 selepas trip penginapan pertama dgn AIRBNB dan nilai tersebut boleh digunakan utk booking seterusnya.
Bersambung...


Comments
Post a Comment