Trip ke JEPUN 2018 - JR PASS berbaloi2!!
Sekadar nak kongsi:-
Kitorang ke Jepun ritu ke area Kansai iaitu Osaka, Kyoto dan Kobe.
Kemudian ke Takayama, Mt. Fuji, Tokyo sampailah ke Gala Yuzawa main salji.
Hampir 90% pengangkutan awam di sana kami gunakan tren JR. Jadi, penggunaan JR Pass mmg terasa sangat berbaloi. Tetapi sebelum beli JR Pass tu...mesti kena rancang segala perjalanan dan destinasi mana yg nak pergi. Kena cari tempat penginapan yg menggunakan tren JR adalah lebih bagus. Macam mana?? Kena lah rajin merayau cari info di blog2 mereka yg dah pernah pergi ke tempat yg sama. Kalau nak tau lanjut...boleh jer komen di blog mereka dan tinggalkan emel utk mereka balas. Jika mereka balas..jgn lupa berterima kasih, ye. Selain tu kena lah rajin membaca info2 di website rasmi tourism di Jepun. Juga yg paling mudah pergi ke google maps dan cari directions dari satu destinasi ke satu destinasi di situ. Mr. Google akan tunjuk cara utk ke sana. Cari mana yg sesuai...catatkan. Dengar mcm leceh tapi itu lah yg banyak membantu kita menyusun itenarary dgn sebaiknya. Mcm kami...kami rasa ok jer. Takde rasa susah pun. Rasa seronok lagi ada. Tambahan pula bila segalanya kita dpt rasa ianya berlangsung dgn mudah dan itenarary berjalan dengan sebaik2nya. Kepuasan akan terasa...
JR Pass ni hanya sah selama 7 hari penggunaan sahaja. Jadi, rancangkan betul2 agar ia dapat digunakan semaksima mungkin dalam tempoh tersebut.
JR Pass ni ritu kitorang beli online di klook.com. Tapi sebelum tu...lebih baik korang daftar dulu di 👉 Shopback.my untuk mendapatkan kembali pulangan hasil pembelian di klook.com tersebut. Cara ini sangat berbaloi. Kerana yang....
Pertama :- harga JR Pass di klook.com adalah termurah dari harga yg ditawarkan di website lain. Kami beli ritu RM1036/pax termasuk postage (ikut rate semasa ketika itu).
Kedua :- Beli melalui website shopback.my...kita akan dapat kembali pulangan wang setelah 3-4 bulan penggunaan JR Pass (bukan beberapa bulan selepas membeli ye. Tapi selepas menggunakan pass tersebut). Kami peroleh cashback selepas pembelian 5 keping JR Pass di klook.com melalui website shopback sebanyak RM75.82.
JR Pass ni boleh digunakan tanpa had utk apa2 tren JR sepanjang berada 7 hari di Jepun kecuali beberapa rangkaian bas & bullet train (shinkansen) terlajunya iaitu Mizuho & Nozomi. Yang lain selain tu...belasah jer naik banyak kali pun takde masalah.
Kitorang ritu...mmg guna semaksima abes. Segala jenis tren JR..yg local, super rapid mahupun shinkansen...kitorang guna pass. Bila dikira2 semula...sekiranya kami tidak ada JR Pass..kami dah bayar tiket utk segala tren rangkaian JR sebanyak 52,210y seorang. Harga JR Pass adalah 29,110y seorang.
Maka, dicongak2 dihitung2 di kalkulator...kami dah selamatkan duit kami sebanyak 23,100y seorang. Kalau dalam duit Ringgit Malaysia...seorang RM830 lebih jugak lah. Alhamdulillah, kami dah save banyak bajet utk trip ni.
Jadinya, rancang betul2 perjalanan dan itenarary korang kalau ke Jepun dan mahu menggunakan JR Pass sekiranya trip korang adalah pergi sendiri tanpa tour guide atau agen.
Terima kasih Jepun kerana mewujudkan perkhidmatan pengangkutan awam yg terbaik, canggih dan sangat cemerlang.
Bersambung..

Comments
Post a Comment