Trip ke JEPUN 2018 : Syukur dan penghargaan..
Sesi toleh belakang :-
Alhamdulillah, kami diberi rezeki utk menjejak kaki ke bumi Jepun yg dulunya pernah menjadi penjajah yg sangat kejam di negaraku terchenta.
Kini negara mereka sangat maju ke hadapan dan diletakkan dalam negara kelas pertama. Bukan sahaja maju dalam pembangunan ekonomi tetapi juga dalam menjaga sahsiah dan jati diri.
Disiplin dan sivik mereka, tahap kebersihan mereka, ketepatan masa, adab dan menghormati budaya...sangat2 dikagumi. Sikap yg sepatutnya ada dalam diri seorang yg beragama Islam.
Walaupun cuma 8 hari kami berada di sana...kami berpeluang melihat kehidupan mereka setiap hari. Menyewa homestay dan menginap di kawasan kediaman mereka. Melalui lorong2 kecil, laluan kaki lima, melintas jalan, menaiki jejantas, setiap hari menaiki local tren bersama2 mereka, berurusan ketika membeli barang2 di kedai convenience, penjaga2 gate tren, etc dengan rasa yakin dan selamat.
Kali ni..kitorang 5 beranak mmg betul2 travel sebagai backpackers. Semua beg adalah backpack termasuk yg mengisi pelbagai bahan2 makanan. Jumlah kesemua beg adalah 7 buah. Takde beg bagasi kami bawa kali ni. Bermakna, ada 2 orang dari kami yg kena bawak 2 buah beg tersebut. Sebuah di belakang dan sebuah lagi di sandangkan di bahagian depan.
Keputusan kami membawa beg jenis ni adalah untuk memudahkan naik dan turun tangga di setiap stesen tren. Pengalaman yg menarik walaupun sakit2 juga bahu dan sengal lenguh2 tangan. Biasalah, kata nak jadi backpacker, kan...hihi..
Terima kasih pada Angah sebab belanja tiket kapalterbang pergi dan balik utk ibu, abah, along dan Akiss.
Terima kasih pada along sebab banyak realisasikan itenarary yg disusun bersama dengan menjadi pakar google translate dan tunjuk arah.
Terima kasih pada en.suami kerana banyak membantu dari semua sudut dan Akiss jugak.
Semoga kita semua dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, kelapangan waktu untuk bersama.
InsyaAllah...ada rezeki lagi kita boleh repeat ke Jepun lagi. Boleh explore lama sikit kat Takayama, Shirakawago, Kawaguchiko dan ke tempat lain yg menarik termasuk Tateyama. Mudah-mudahan..
Bersambung..

Comments
Post a Comment