Trip ke SURABAYA 2017 - Day 3

08.08.2017, SELASA
Day 3

Hari ke-3 dan hari terakhir di bumi Malang dan Surabaya.
Baru pagi ni kami berkesempatan utk breakfast di hotel. Pagi semalam dah kerugian sebab kitorang awal2 pagi dah gerak ke Bromo, heheh. Takpe lah...bukan rezeki.

Macam2 menu disediakan. Pulun makan kenyang2 sikit. Lepas check-out nanti perjalanan akan singgah di beberapa lokasi sebelum kami dihantar ke Juanda Airport.



Sebelum check out...bergambar dulu kat sekitar hotel. Hotel ni mmg selesa dan menarik cuma kitorang tak dapat nak pusing2 habes terutama di swimming pool di roof top. Menarik view dari atas tu. Tak berkesempatan..itenarary padat sebab kitorang cuma 3h2m sahaja.





1)Mula2 kami dibawa ke Malang Strudel sebuah kedai yg lebih kurang mcm Kartika Sari laa kalau kat Bandung. Ada jual makanan, kerepek2, kek2 sebagai souvenir selain key chain, fridge magnet.




2) Kemudian dibawa pula ke kedai Queen Apple milik seorang chef selebriti Indonesia iaitu Farah Quinn yg pernah dijemput menjadi salah sorang juri Maharaja Lawak Mega di Astro. Kat situ dijual oleh2 resepi khas dari pemiliknya.

  


2) Kami dibawa singgah makan bakso di satu kedai yg popular..kedai Bakso Mercon Cak Kar Singosari. Punya lah nak rasa bakso ori yg sedap, kan. Walaupun perut masa tu masih kenyang...tapi demi bakso...pulun sumbat perut tu lagi, hahahahaha..

3) Singgah di Toko Permata, Tangulangin untuk beli barangan kulit jika ada yg berkenan. Tapi bagi aku...takde yg berkenan pun, heheh.

Dari situ...terus lah Bachtiar hantar kami ke airport. Dah takde masa untuk pusing2 di Surabaya lagi. InsyaAllah, lain kali berkesempatan...boleh pi Masjid Sunan Ampel di Surabaya juga.

Bersama Bachtiar...driver yg menyediakan pakej berbaloi di Surabaya & Malang.


:- Muzium Angkut, Malang
:- Masjid Sunan Ampel
:- Darmo Factory Outlet
:- Tiyasa Resto
:- Kedai makan Lesehan Joyo
:- Taman Safari 2 / Prigen Pasuruan

Kalau ada rezeki sampai ke Surabaya dan Malang lagi...di atas adalah senarai tempat harus singgah utk dilawati di samping 2 kedai makan yg dikatakan menyediakan makanan yg menarik.


TAMAT kisah Trip ke SURABAYA 2017

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART