Trip ke SURABAYA 2017 - Day 2 (iv)

07.08.2017, ISNIN
Day 2

Selepas dah bertukar naik innova Bachtiar...kami dibawa bersarapan pagi. Lapar oiii, heheh. Dah alang2 tu terus jer makan nasik campur kat sana. Cuba lah masakan kat sini pulak. Masa kat Bandung kitorang takde pi makan nasik campur ni, heheh..

Itenarary seterusnya...kitorang yg minta sendiri dari Bachtiar. Ada cadangan yg lain dari Bachtiar iaitu utk ke Zoo di Kota Batu dan Muzium Angkut tapi disebabkan kami cuma 3 hari di Surabaya...kami memilih utk ke tempat lain.

1) Masjid Tiban Malang @ Masjid Jin
Kat sini yg menariknya senibina bangunan masjid ala2 dari negara Turki. Cuma bangunan tu mmg sedikit pelik laa. Mcm tak tersusun pelannya. Masjidnya bertingkat2. Nak cari dewan solat pun jenuh...melilau. Orang Indonesia pun tanya kat kitorang mana dewan solat, huhu. Walaupun ada signboard...jenuh nak ikut tapi tetap konfius. Kering dah air wuduk baru jumpa. Kecik jer dewan solat di tingkat biasa. Jika ada di tingkat lain...kitorang tak tau sbb tak naik sampai atas pun. Pening jugak nak naik ikut mana. Tingkat mana yg dibenarkan naik...yg tidak dibenarkan masuk.
Dewan solat pun suram dan gelap jer. Tak disediakan lampu yg terang.







2) Kampung Warna-warni
Kitorang ke sini pulak. Tengok hasil kreativiti pelajar2 universiti kat sana cuba buat satu tarikan pelancongan baru di Malang dengan usahasama penduduk kampung.
Kat situ rumah dicat dengan pelbagai warna. Ada tuan rumah yg berniaga. Contoh meniaga aiskrim, ada yg lukis mural menarik di depan rumah mereka...ada yg siap sediakan props utk bergambar.







Selepas Kg. Warna-warni...kami dibawa ke pusat jualan souvenir. Dah tak ingat namanya dah. Ada jual pelbagai kerepek, kuih, kek, dodol. Ada jugak jual produk madu. Ada jual t-shirt...

Sebelum pulang ke hotel...kitorang dinner dulu. Esok adalah last day dan flight pulang semula ke Kuala Lumpur.


Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND : Balik dah

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART