Trip JEJU ISLAND 2018 : Pepohon Ginkgo & Mysterious Road

18.11.2018 AHAD Sambung dari sini Trip JEJU ISLAND 2018 : 1100 Altitude Wetland Nature Discovery Trail Hajat di hati...gi musim autumn ni nak tengok dan bergambar dengan pepohon dedaunan merah dengan pelbagai ton terutama daun maple lah. Tapi tu lah ye...takde rezeki kami. Sebabnya....tahun ni tercepat pulak daun merah2 tu keguguran disebabkan angin kuat yg bertiup di pulau ini. Sepatutnya waktu kedatangan kitorang ni adalah kemuncaknya. Jadinya...tour guide bawak laa kitorang ke pepohon gingko untuk bergambar dengan daun2nya yg kekuningan itu. Jadi lah, ye. Ada juga rezeki lain digantikanNya. Kami dibawa ke 2 lokasi utk bergambar dengan suasana pepohon ginkgo yg dedaunannya kekuningan tu. Satu kat dalam kawasan Jeju National University...lagi satu kat mana tah lokasinya, hahaha. Kat dalam Jeju Universiti ni aku jumpa laa sebatang pohon yg masih ada dedaunan kemerah-merahan yg merimbun. Jadi, lah...nampak jugak depan mata :) Lokasi ke-2. Sini pun...