Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Puzzling World | Lone Tree of Lake Wanaka

10.07.2018, ISNIN

sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Check Out & singgah Lindis Pass


Di Wanaka ni ada Puzzling World dan satu pokok yg popular kat sana.
Sebenarnya berhampiran Wanaka ni ada satu tasik yg cantik jugak view nya iaitu Lake Hawea tapi tak berkesempatan nak pergi sebab jaraknya. Mungkin sebab ini kali pertama sampai ke NZ dengan hari yg terhad..maka kami skip Lake Hawea ini dari itenarary. InsyaAllah, kali ke-2 ada rezeki...kami cuba untuk masukkannya dalam kembara kami nanti. Mudah-mudahan ada rezekinya.

Kita ke kanan dulu..

Kat Puzzling World ni kitorang tak masuk ke dalam pun. Bergambar kat luar dan masuk area souvenir shop dorang, gi tandas dorang yg cantik dan lepak2 jap kat meja cafe dorang sambil godek2 try test IQ dengan mainan yg disediakan, heheh..




Dalam souvenir shop dorang. Budak2 ni kalau tak membeli tak sah, hmm..

Pantang masuk kedai souvenir budak2 ni, hahahah. Aku ni dok tahan jer tak beli..maklum laa barang2 dalam tu eksklusif memang mahal laa, kan.
Aku tunggu kat Queenstown nanti untuk shopping souvenir. Kat situ memang ada satu kedai yg banyak pilihan souvenir, harga murah dan berbaloi untuk dibeli. Murah dalam nilai NZD laa...jangan laa convert dengan RM masa nak beli tu, huhu.
Tambah2 along ni. Mesti akan cari sesuatu yg eksklusif tp harga mampu bagi dia kat situ.

Ni dalam tandas dorang..ada lukisan 3D dan replika jamban orang putih dulu2, hahaha. Lupa pulak nak snap gambar tandas betul2 dorang. Punya laa cantik dan bersih walaupun takde paip air kat dalam tu, huhu.

Dah sampai Wanaka ni...harus laa jugak cari pokok yg kesepian sendiri di dalam air tasik tu. Itu lah nasib dia. Terpinggir dari pokok2 yg lain tapi popular di kalangan makhluk Allah yg lain.
Memang ramai laa kat situ yg nak amek gambar pokok tu. Popular, kan...heheh..

Jalan kaki dari parking. Kalau dari arah bandar Wanaka tu...mmg tak perasan langsung mana kedudukan pokok tunggal dalam air tasik ni. Tapi kita kena ke atas lagi. Baru boleh nampak sipi2 pokok tu sebab terlindung sikit dari pandangan.



Inilah Lone Tree of Lake Wanaka yg popular sangat tu..








Memang cantik lah pemandangan di sekeliling Lake Wanaka ni. Kalau tak pernah datang...kena lah datang.

Kawasan bandar pun tenang jer. Seronok lah kalau nak jenjalan tengok2. Tapi kitorang memang tak berkesempatan nak pusing betul2. Setakat mana yg mampu aje lah. Kami perlu meneruskan kembara sebelum hari gelap.




Tasik dalm gambar ni lokasi berdepan jer dengan bandar Wanaka. 

Itik2 kat sini jinak2. Tapi dengarnya tak boleh bagi roti. Perutnya tak hadam ke apa ntah laa. Bagi dedak boleh lah. Tapi kat sini mana laa nak cari kedai jual dedak, ye tak? Roti banyak laa...huhu.

Sambung...

Comments

Popular posts from this blog

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Tugu Pahlawan & Museum 10 Nopember

Outing ke PENANG STREET ART