Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 6 - Glenorchy
11.07.2018, SELASA
sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Kawarau Bungy Centre | Check-in motel | DF Souvenirs Queenstown
DAY 6
Pagi tu...bangun tengah sunyi sepi aku gi naik ke dapur. Nak masak sarapan pagi dan masak nasik jugak untuk bekalan di tengahari nanti. Abang naik kemudian temankan aku. Anak2 pun dh bangun. Along yg alert bangun dulu.
Check out jam 7 pagi. Dah 7 lebih jugak. Kaunter motel pun dah bukak. Serah 2-2 kunci bilik.
Destinasi permulaan pagi ni adalah Glenorchy tempat yg pernah menjadi lokasi penggambaran filem Lord Of The Rings.
Dah sampai Queenstown...mesti kena lajak ke Glenorchy. Pemandangan indah sepanjang jalan dan view segar dari tepi2 Lake Wakatipu iaitu tasik terpanjang di NZ. Sepanjang perjalanan tu rasa nak berhenti aje untuk bergambar. Aduiii, semua tempat nampak cantek..Subhanallah.
Berada di Glenorchy ni rasa tenang dan damai sangat. Terletak di bahagian utara Lake Wakatipu. Bergambar dengan bangunan merah yg dikenali dengan Red Boat Shed ni adalah harus apabila sudah sampai ke sini kerana ia sebagai iconic Glenorchy..
Dekat dengan cafe ni ada tandas awam yg ada air di sinki. Berjalan kaki pun ok jer dari Red Boat Shed tadi. Berdepan aje dengan satu pam minyak berhampiran.
Bagi kita orang Islam ni...lebih senang guna tandas OKU. Sebab kita pun dikira kurang upaya bila takde air untuk beristinjak dan berhadas, kan.
Kat NZ ni...kalau ada pilihan tandas OKU...elok laa masuk tandas tu sebab tandas tu lebih luas dan selesa serta yg penting ada paip sinki di dalamnya.
Jika tandas untuk orang normal...sinki cuma ada di bahagian luar aje. Air paip memang tak disediakan. Sebagai pengembara Muslim..kita juga adalah OKU sebab pembuangan kita tak kisah laa yg besar atau yg kecil memerlukan air untuk menyucikan. Bukan guna tisu jer.
Kat Jepun lain sikit...tandas dorang kebanyakannya ada bidet walaupun takde air paip untuk mencuci. Tu yg speselnya lah. Sebab boleh cuci guna air dari fungsi bidet tu.
OTW pusing semula ke bandar Queenstown sebelum menuju ke Te Anau...view nya lagi awesome!!! walaupun menggunakan jalan yg sama. Subhanallah....
Pengalaman sepanjang berada di jalanraya NZ ni...sekiranya ada pembaikan jalan seperti gambar di atas ni...pekerja2 yg melakukannya adalah mat salleh jugak. Yg menjaga lalu lintas pulak seorang wanita. Dah 3 tempat kitorang tengok macam tu. Kat sana susahnya nak nampak orang luar seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar yg melakukan kerja2 buruh seperti ini.
sambung..

Dia ni yg jaga kaunter untuk check in semalam dan check out pagi ni. |
Suasana pagi tu di luar motel. Waktu Syuruk lambat...dah kul 7 lebih dah waktu ni. |
Check out jam 7 pagi. Dah 7 lebih jugak. Kaunter motel pun dah bukak. Serah 2-2 kunci bilik.
Destinasi permulaan pagi ni adalah Glenorchy tempat yg pernah menjadi lokasi penggambaran filem Lord Of The Rings.
Dah sampai Queenstown...mesti kena lajak ke Glenorchy. Pemandangan indah sepanjang jalan dan view segar dari tepi2 Lake Wakatipu iaitu tasik terpanjang di NZ. Sepanjang perjalanan tu rasa nak berhenti aje untuk bergambar. Aduiii, semua tempat nampak cantek..Subhanallah.
Berada di Glenorchy ni rasa tenang dan damai sangat. Terletak di bahagian utara Lake Wakatipu. Bergambar dengan bangunan merah yg dikenali dengan Red Boat Shed ni adalah harus apabila sudah sampai ke sini kerana ia sebagai iconic Glenorchy..
Ni tandas awam...comel aje. Takde air kat sini walaupun air sinki. Untuk orang yg dah tak tahan sangat, hehehe. |
Glenorchy Cafe... |
Dekat dengan cafe ni ada tandas awam yg ada air di sinki. Berjalan kaki pun ok jer dari Red Boat Shed tadi. Berdepan aje dengan satu pam minyak berhampiran.
Bagi kita orang Islam ni...lebih senang guna tandas OKU. Sebab kita pun dikira kurang upaya bila takde air untuk beristinjak dan berhadas, kan.
Kat NZ ni...kalau ada pilihan tandas OKU...elok laa masuk tandas tu sebab tandas tu lebih luas dan selesa serta yg penting ada paip sinki di dalamnya.
Jika tandas untuk orang normal...sinki cuma ada di bahagian luar aje. Air paip memang tak disediakan. Sebagai pengembara Muslim..kita juga adalah OKU sebab pembuangan kita tak kisah laa yg besar atau yg kecil memerlukan air untuk menyucikan. Bukan guna tisu jer.
Kat Jepun lain sikit...tandas dorang kebanyakannya ada bidet walaupun takde air paip untuk mencuci. Tu yg speselnya lah. Sebab boleh cuci guna air dari fungsi bidet tu.
Banyak kambing biri2 atas tu. |
OTW pusing semula ke bandar Queenstown sebelum menuju ke Te Anau...view nya lagi awesome!!! walaupun menggunakan jalan yg sama. Subhanallah....
Pengalaman sepanjang berada di jalanraya NZ ni...sekiranya ada pembaikan jalan seperti gambar di atas ni...pekerja2 yg melakukannya adalah mat salleh jugak. Yg menjaga lalu lintas pulak seorang wanita. Dah 3 tempat kitorang tengok macam tu. Kat sana susahnya nak nampak orang luar seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar yg melakukan kerja2 buruh seperti ini.
sambung..
Comments
Post a Comment