Trip ke JEPUN 2018 - Day 1 : Kansai Airport


13 Januari 2018, Sabtu
KLIA - Kansai International Airport

Day 1 :- OSAKA

Urusan di Kansai Airport
Alhamdulillah. Rezeki kami sekeluarga sampai ke bumi Jepun.
Beli tiket promo seat bulan 11/2016. Sempat jugaklah 13 bulan utk kumpul duit perbelanjaan cuti2 bajet ke sana, huhu.
Angah sponsor tiket flight return utk abah, ibu, along dan adik dia. Beli tiket terlebih dulu dari tiket trip ke Surabaya tapi Surabaya dah setel dulu dah bulan Ogos 2017, yg lepas.

Tiket flight :- Angah sponsor. Terima kasih angah.
:- RM279.80/pax KL - Kansai
:- RM419/pax Haneda, Tokyo - KL

Perbelanjaan JR Pass dan lain2 :- Masing2 keluarkan bajet.
JR Pass :- RM1036/seorang

Jaket winter :- beli bundle kat Mr. Musashi, Kamunting. RM30/pc jenama uniqlo. Elok sangat lagi kualitinya. Jadilah kan, bukan selalu pun gi luar negara yg ada musim sejuk ni nak beli yg baharu.

Winter boot:- Lazada RM50-RM70 /sepasang.

Perasaan ketika menjejak kaki ke bumi Jepun ni...huh!! tak boleh digambarkan. Tambahan pulak, ini lah pertama kali kitorang terbang ke luar negara sendiri tanpa ada ketua seperti ke Bandung tu. Segala itenarary kami buat hanya melalui pembacaan blog, rujukan dari website2 rasmi mereka sahaja. Segala tempoh masa, jarak perjalanan, anggaran masa, jadual tren yg akan digunakan semua dari google maps aje. Kat situ kami cuba bajet segala2 yg berkaitan.

Sampai aje di airport setelah selesai pemeriksaan imigresen dan kastam...terus kami menuju ke ofis JR utk tukar voucher JR Pass dulu. Pass ni kami nak mula guna esok hari. Dah dapat tukar tu...simpan elok2 naa. Mahai weh. Nanges kalau hilang. Sebab..bermula esok hari sehingga hari terakhir di Jepun...kami akan guna pass tu utk menaiki setiap servis dari JR seperti dalam itenarary.

Keluar jer dari bangunan terminal airport utk ke bangunan kaunter di seberang jalan tu...sejuk dah mula terasa, hahaha..


Setiap pass ada tertulis nama kita seperti dalam passport. Jadi, ia nya tidak boleh dipindahmilik atau digunakan oleh orang lain sekiranya dijumpai di mana2 dan masih dalam tempoh sah laku.

Kemudian, kami ke kaunter Nankai pulak. Kat situ kami nak tukar voucher tiket YOKOSO! OSAKA yg telah dibeli online dari website rasmi Nankai sendiri. Voucher tiket tu diemelkan kepada pembeli dan print utk penukaran di Jepun nanti.
One day pass ni kami beli utk digunakan ketika menaiki segala tren subway tanpa had sepanjang hari di Osaka termasuklah tren dari Kansai Airport ke Namba Station.

Kansai Airport - Nankai Namba St (Nankai Ltd Exp)
Nankai Namba St - Namba St (jalan kaki jer)

Dari Kansai Airport...kitorang naik tren ni utk ke Namba Station..

Sampai kat Namba Station pulak...adeii...blur sekejap kitorang ni. Dgn 7 buah beg backpack termasuk satu penuh dgn bahan makanan....berat. Cari coin locker...jenuh juga. Bila dah jumpa..nak kena ada duit syiling pulak. Baru sampai mana laa nak ada lagi duit syiling kan, huhu.
Tengah2 blur tu...datang laa sorang uncle tua ni cuba bantu kitorang. Dia tak reti berbahasa inggeris tapi cuba juga dan kami pun cuba paham apa yg dia cakap.
Dia suruh kami tukar dulu duit kertas Yen yg bernilai besar tu kat satu kedai convenience berdekatan dan kemudian tukar duit kertas nilai 1000Yen dengan duit syiling yg mencukupi kat dia utk kami gunakan pada coin locker tersebut. Alhamdulillah, satu urusan dapat diselesaikan.

Dah simpan segala beg yg berat dlm satu locker besar...maka kami pun mula mencari stesen tren utk ke Osaka Castle pulak. Aduhaii. Masa ni pun kitorang masih blur lagi. Terutama aku lah. Rasa mcm berpinar mata ni. Perasaan bercampur baur..gembira, tak percaya...kagum, risau...segalanya lah. Mujurlah anak2 aku ni jenis cool dan sabarrrr jer, heheh. Cuba pelan2..Alhamdulillah, dapat meneruskan utk itenarary pertama utk ke Osaka Castle.

Kami menggunakan one day pass dari YOKOSO! OSAKA.
Ni laa tiket yg kami tukar dari voucher YOKOSO! Osaka tu.

Dari NANKAI Namba Station..kami cari dalam google maps di mana NAMBA Station. Ikut jer google maps tu. Disebabkan subway...nanti kita akan jumpa jalan menuju ke bawah tanah utk ke stesen tersebut.
Dah jumpa..naik tren Sannichimae Line utk ke Tanimachi9-chome St @ Tanimochikyuchome St.  Bila dah sampai kat station ni...kita kena tukar tren Tanimachi Line pulak utk ke Tanimachi4-chome St @Tanimachiyonchome St. (Hahh...berbelit2 nak sebut nama station tren subway dorang nih, huhu).
Tak lama pun sebenarnya dari satu stesen ke satu stesen. Tren pun kerap jer ada.
Dari stesen last tadi...kita pun ikut laa Google Maps utk berjalan kaki ke Osaka Castle tu. Ok, yg tu sambung post lain, ye.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Trip JEJU ISLAND 2018 : Jungmun Tourist Complex / Jungmun Resort

Trip SURABAYA, BATU, MALANG 2019 : Goa Pinus & petik apel

Trip ke JEPUN 2018 - Day 8 : GALA YUZAWA