Trip JEJU ISLAND 2018 : Mukadimah
17hb - 22hb Nov 2018
Alhamdulillah...di penghujung tahun 2018 ni rezeki kami dapat menjejakkan kaki ke Pulau Jeju pula.
Belum pernah ke Seoul tapi untuk ke South Korea ni...kami lebih teruja untuk ke Jeju, sebuah pulau yg diisytihar sebagai Peninggalan Alam Dunia. Sangat memukau mata hati terutama di Yeongmori Coast dan puncak Seongsan Ilchulbong.
Syukur kerana diberi rezeki melihat sendiri alam ciptaanNya di sini.
Bersambung..
Alhamdulillah...di penghujung tahun 2018 ni rezeki kami dapat menjejakkan kaki ke Pulau Jeju pula.
Belum pernah ke Seoul tapi untuk ke South Korea ni...kami lebih teruja untuk ke Jeju, sebuah pulau yg diisytihar sebagai Peninggalan Alam Dunia. Sangat memukau mata hati terutama di Yeongmori Coast dan puncak Seongsan Ilchulbong.
Syukur kerana diberi rezeki melihat sendiri alam ciptaanNya di sini.
SEBENARNYA, Al-kisah...
Kitorang booking pakej 5h4m ke Jeju ni pada bulan Jun 2018. Bayar deposit untuk booking dan kemudian JMT beri jadual bayaran ansuran pakej beberapa kali selepas tu. Bayaran akhir pula dalam matawang Won akan diberi ketika sudah sampai di Jeju nanti.
Kami cuma ambil pakej ground sahaja. Masa mula2 keluar pakej musim luruh ni...JMT tidak mengeluarkan lagi pakej all-in. Jadi, tiket flight Air Asia kami beli sendiri.
Pakej asal kami 5h4m...tarikh dan hari terbang ke Jeju adalah pada hari Sabtu dan balik ke KL hari Rabu (17hb Nov - 21hb Nov).
Jadi, kami beli tiket pergi ke Jeju dahulu sebab tiket balik belum dijual lagi. Admin JMT soh tunggu sbb dijangka AirAsia keluarkan penjualan tiket terbang balik ke KL selepas 20hb Ogos.
Tapi bila dah 20hb bulan Ogos...panik pulak tengok takde flight balik ke KL hari Rabu. Flight ke KL hari Khamis 22hb Nov dah ada pulak?? Aduhaii, pening dan panik juga. Jadi, kami pun hubungi admin JMT bertanya.
Rupanya2 AirAsia dah tak buat penerbangan balik ke KL pada hari Rabu dari Jeju. Maka kami kena laa buat perancangan sendiri iaitu tinggal sehari semalam lagi di Jeju dan terbang pulang ke KL pada hari Khamis 22hb tu.
Admin JMT ada bagi cadangan lain iaitu kami ubah pakej pada tarikh lain...tapi tu lah...tiket flight pergi Jeju kami dah beli. Jenuh duit laa pulak nak beli 2x tiket pergi ke sana sahaja. Berempat beranak pulak tu. Belum beli tiket balik lagi!!
Jadinya, kami pun pikir baik stay sehari lagi di Jeju. Kami akan guna skill semasa di Jepun dan NZ ketika extra sehari semalam di Jeju tu nanti. Dah try tengok tiket untuk ke Seoul dari Jeju tapi mahal laa pulak...tak berbaloi.
Disebabkan itu lah...kami telah berada di Jeju selama 6 hari tak pasal2, huhu. Sepatutnya 5h4m aje. Alhamdulillah, segala urusan kat sana dipermudahkan.
Bersambung..
Comments
Post a Comment