Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Nugget Point Lighthouse
12.07.2018, RABU sambung dari Trip ke NEW ZEALAND 2018 : Day 7 - Kaka Point Dari Kaka Point kami meneruskan perjalanan ke Nugget Point Lighthouse. Sedikit mendaki kerana rumah api memang selalunya berada di tempat tinggi di tepi pantai. Nak ke Nugget Point Lighthouse kena berjalan kaki dalam 1km jugaklah kalau dari tempat parking. Kitorang berdiri skang ni kiranya dah berjalan jauh dah dari tempat parking. Tu yg reramai di kejauhan tu...dorang berada di lookout point. Kalau takut atau malas nak menapak ke lighthouse...berdiri kat situ aje lah amek gambo tebing laut. Dekat laa sikit dengan parking. Aku yg seriau tengok abang berdiri tepi tu, hmmm.. Bila pusing balik nanti...kami akan lalu di lorong di atas tu pulak. Kalau bawak kanak2..memang kena kawal betul2 lah sebab treknya memang boleh gigil bagi orang yg gayat. Tepi tebing betul dengan laut. Trek laluannya memang takde berpagar dan tepi2 lereng bukit ni aje. Bawah tu terus laut, huhu....